07 March 2013

Teddie Kids Shampoo

Aku nak cerita sikit pasal shampoo yang aku guna kat hakeem dan sofea. Aku guna shampoo cosway - teddie kids shampoo. Sebelum ni aku pakai shampoo jenama lain. Nak tahu shampoo apa baca SINI.

Tapi sejak hakeem lahir, shampoo yang aku guna untuk sofea tu tak sesuai dengan rambut hakeem. Rambut hakeem jadi keras berjegang. Sampaikan adik beradik, sedara mara aku pun perasan akan kekasaran rambut hakeem. Tak pegang pun diorang dah boleh tahu kerasnya rambut hakeem.

So terpaksalah aku try and error sekali lagi. Dari yang murah ke sedang ke mahal semua aku cuba. Masalahnya kebanyakan shampoo yang aku beli ada yang sesuai untuk sofea tak sesuai untuk hakeem. Sesuai untuk hakeem tak sesuai untuk sofea.

Aku sebenarnya malas nak beli dua jenis shampoo. Leceh.. Bila time mandi mesti mandi sesama. Bila pakaikan lain-lain nanti mesti diorang argue. Macam kes berus gigi. Untuk bezakan berus gigi diorang berdua aku beli warna biru untuk hakeem dan warna pink untuk sofea. Tapi tiap kali nak gosok gigi dua-dua berebut nak warna biru. Last-last bercampur-campur. Kengkadang hakeem pakai sofea punya, tak pun sofea pakai hakeem punya.

Last-last tercuba shampoo teddie kids ni. My sister yg recomend. Nampak sesuai untuk hakeem dan sofea. Seminggu pakai dah nampak perubahan. Even sebenarnya sehari je dah terasa kelembutan kat rambut hakeem. Sekarang rambut hakeem dah tak kasar lagi.

Mengandungi aloe vera, cucumber & spinach.

Aku guna shampoo yang warna hijau tu. Harga RM 11.50 - 350ml. Biasa kalau aku beli dalam catalog campaign dapatlah rege RM8.90. 
Memula pakai baunya terasa kuat kat hidung tapi lama-lama alah bisa tegal biasa. Rasa sedap pulak... Sesuailah untuk budak yang kuat main. Bau kekal lama. 

*anak uolls pakai shampoo pe?

6 comments:

Kakzakie said...

Anak kakak dari baby sampai tahun lepas pakai Johnson tapi baru awal tahun ini dia dah tukar sendiri guna syampoo yg gambar gajah tu apa lupalah pulak kakak - murah aje kalau banding Johnson.

HazeL said...

saya gune diaperss color kuning...
wangi sangat :)

Nora Karim said...

mmg sedap bau shampoo yang cosway ni...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani guna johnson punya

sophia amani said...

Johnson tak sesuai utk anak sy. Rambut jd kasar. Sy pakai pun jd kasar gak rambut.. Thanks recommend

nurul hidhayah said...

Aduh..johnson skrang nk pakai pun fikir byk kali sbb dah kuar news produk diaorg bhy kan.. huhu... teddt cosway ttp menjadi pilihan

 
Copyright by Aziazidah