30 April 2013

Dapat sofa lagi

Ahad lepas mr. edy bawak balik sofa. Regular customer bagi. Customer bagi sofa dengan peti ais box. Apa namanya tu. Yang selalu kat kedai buat letak aiskrim dalamnya. Tak pun sekarang orang beli sebab nak bubuh EBM tu... Lupa pulak aku nak snap peti box tu... Besar gedabak. Tak tahu nak letak mana pulak tu. Mr. edy ni semua orang bagi dia nak amik. Pastu tak muat nak simpan letak je kat luar rumah sampai berkulat. Sudahnya kena buang jugak.

Sofa ni empuk tapi kotor sikit. Semalam mr. edy dah pergi hantar dobi sarung kusyennya. Kena RM 24.50. Kalau aku tak kuasal.... Kalau dulu memang teruja setiap kali mr. edy kata ada dapat barang orang bagi. Tapi la ni rasa menyampah. Buat menyemak rumah ada...



Tengoklah beranda rumah aku. Penuh dengan sofa. Semua tu orang bagi. Nak letak kat dalam rumah dah tak muat. Rumah kecik... Nak bagi kat orang mr. edy tak nak. Padahal ramai je orang datang tanya nak beli.

2 Comment:

Ann Ishak said...

bila dah banyak sangat barang dalam rumah, jadi semak jugak rumah kan :)

mamawana said...

Banyak sgt sofa, dah mcm kedai perabot terpakai tu. Kalu mai umah saya dokk atas lantai ajerlah ya...peace