17 April 2013

Naik Court : Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub

Aku nak cover cerita tiga minggu lepas. Kisah aku mr. edy naik court. Kena saman dek jpj sebab lambat buat inspection lori. Kena naik mahkamah Raub sebab mr. edy test lori memang kat Raub. Lewat inspection pun diorang nak saman. Pastu mr. edy malas nak bayar. Bila nak renew roadtax dah tak boleh.

Eh lupa nak bagitau hari ni aku dah masuk kerja. Entah macam mana keadaan aku, hakeem dan sofea hari ni. Jangan risau nanti aku update kisah hari pertama aku di opis.

Yang ni entry aku dah karang awai-awai hari ahad lepas. Kakak aku kasi pinjam laptop opis dia. Laptop aku kan rosak. Tak pergi baiki-baiki lagi. Jadi jangan pulak ada office mate yang baca kemudian mengata aku tak buat kerja aaa....

Aku balik kampung hari tu malam. Pagi sebelum balik kampung tu yang aku pergi dulu mahkamah dan jpj raub. Kira dalam satu hari dua kali aku masuk highway Karak. Seronok nak bayar tol bebanyak kali..... (",)

Kitaorang gerak dari rumah pukul empat pagi. Pukul enam dah sampai Raub. Terawal pulak. Budget sampai pukul tujuh. Iyelah pepagi jalan lengang mana ada orang pergi kerja lagi.


Kitaorang lepak kat Masjid Raub dulu. Selalu kalau balik kampung, masjid raub memang menjadi pit stop kitaorang. Sini selesa. Senang nak mandi, tukar baju, tukar pampers, qada' hajat and off course solat. Eh lupa pulak nak snap gambar masjid raub. Next time la k mana tahu ada yang teringin nak tengok macam mana rupa masjid raub tu kan.


Pemandangan pagi di bandar Raub. Lengang. Woiii buruknya zink. 

Pukul lapan mr. edy naik mahkamah. Pukul sembilan register. Tunggu hakim dalam pukul sembilan setengah baru dapat bicara.

Lepas habis bicara sebelum jatuh hukuman hakim bagi peluang pesalah bagi kata-kata akhir. Mr. edy cakap kat hakim kalau boleh nak mintak kurang bayaran sebab sekarang tengah menanggung dua orang anak yang masih kecil dan seorang isteri yang tidak bekerja. 

Pandai jugak mr. edy buat ayat. Kelakar pun ada. Pandai-pandai pun kena tujuh ratus atau seminggu penjara. Nasib baik masa nak bayar, orang jpj tu kawan mr. edy made in Kelantan. So dapat kurang lagi. 

Jadi amaun yang kena bayar hanya tiga ratus tujuh puluh enam ringgit jer. Jer? Nak menangis jugak membayar sebanyak tu. Tapi aku tak faham kenapa mesti ada tujuh puluh enam ringgit. Genapkan jadi tiga ratus lima puluh kan senang.

Pas selesai urusan kat mahkamah, pergi jpj raub untuk hidupkan roadtax pulak . Duit lagi. Bayar sebulan je dulu. Duit dah elekkk.. Terbang lima ratus untuk hari tu tak termasuk minyak tol makan bagai.


Bergambar kenangan depan mahkamah raub yang telah menelan banyak duit aku. Taubat tak mahu jejak kaki di sini lagi.


Rasa nak marah je dengan mr. edy sebab cuai sangat. Tapi sekali tengok handsome jugak laki aku ni terus tak jadi marah. Pffftttt!!!!

Gambar anak-anak? Memasing sedang mentidokan diri.

3 Comment:

PUANSTOBERI said...

pekan raub tu salu gak kite lalu sbb asben kite orang raub. huhu

IntaNBerliaN said...

baru dapat tgk gambar hubby azi.. hihii

Myra Jay said...

Hheee, memang kena buat ayat minta simpati baru dapat lepaskan diri ;D