26 April 2013

Sebelum pergi kerja


Cerita sehari sebelum pergi kerja. Means hari selasa lepas. Weolls pi carrefour subang jaya. Oppss sekarang dah tukar nama Aeon Big. Siyes daku baru tahu Aeon Big itu adalah carrefour. Event nuffnang hari tu pun kat Aeon Big jugak. Masa tu tak tahu lagi pasal aeon big.

Sebelum ni parking kat carrefour free of charge. Pas Aeon Big take over parking lepas tiga jam kena bayar. Ala aku pergi sekejap je. Tak sampai dua jam. Jadi memang tak kena bayar.

Pergi sana sebab nak beli kasut. Nak masuk kerja semua nak kena baru. ekekeh... Biasa kalau nak beli kasut aku suka beli kat BATA. BATA selesa dengan kaki aku. Tapi hari tu kat BATA tak ada kasut yang cantik. Sebab desprite nak beli jugak jadi masuk tengok kat XES. Jarang beli kat XES sebab macam tak glamour je kan. (",) But dont judge book by its cover. Pas cuba-cuba banyak jugak kasut yang sedap-sedap untuk dipakai ada di jual di sini.

Murah jer. Tak sampai lima puluh. Ada diskaun lagi.

Owh nak bagitau kalau beli kasut macam ni silala bawak ke tukang kasut untuk dijahit dahulu kasut tu. Kasut jenis bergam macam ni memang cepat sangat tercabut gamnya. Ni aku pakai seminggu dah nampak dah tanda-tanda meregang. Insyaallah kalau jahit boleh tahan lama. Esok aku nak bawa jumpa cobbler. 
Sebelum cari kasut aku sempat masuk kedai spek. Kedai Best Optics. Ini kedai kegemaran aku. Service bagus, kepakaran pun boleh tahan...

Kalau nak tahu spek mata yang ada dah lama patah dua. Dah dekat setahun patah dibuat sofea. Tapi malas nak buat baru. Ni nak naik kerja nak tak nak terpaksala buat jugak.


Harga RM 300.00. Masa nak bayar depa kata kalau nak dapat cermin yang tahan calar dan bla bla kena tambah lapan puluh ringgit lagi. Ok malas nak cakap banyak bayar je RM 380.00. Kalau argue pun memang diorang dah berniat nak kita amik juga yang lapan puluh hinggit tu.

Lagi pun spek mata ni kira yang termurah pernah aku beli. Selalu aku beli dalam harga empat ratus dan above. Yang ni tiga ratus lapan puluh ada brand Guess lagi. Kira oklah kan...

Kalau korang naktahu sebenarnya harga satu bingkai spek mata hanya sekitar RM 2.00 ke RM 4.00 je tau!. Bila jual kat kita sikit punya mahal. Beratus-ratus kan.

I is comel dengan spek mata Guess. Ahak perasan!

Itu jelah kisah sebelum pergi kerja.

1 comment:

Rohani Hashim said...

azie, hany xleh pakai yg half frame ni.ahaha selalu je trjatuh.padahal takde anak lagi ni.now hany pakai yg full frame. yg tebal mcm oldschool tu. frame rm15 je,beli tepi jalan.ahaha berkira kan.sbb ms tu tgh kekangan bajet.so far elok lg smpai skrg, dah 6bln.

 
Copyright by Aziazidah