28 May 2013

Dua Novel Terpakai Yang Nak Jual

Hari ni aku nak war war kan aku nak jual dua buah novel. Novel terpakai eh novel dah pakai eh mana-manalah. Dua-dua pun sama tapi hanya baca sekali sahaja. Diulang sekali baca sahaja okey. Pas khatam sekali terus tak bukak-bukak lagi dah. 

Dua-dua novel ni sedap dibaca bukan tak sedap tau. Tapi aku nak jual sebab malas nak penuhkan gobok  rumah aku yang dah sedia penuh tu. Dua-dua novel beli tahun ni. Tahun 2013. Sekarang baru nak masuk bulan enam. Memang baru sesangat novel ni. Kalau tak caya baru beli cer baca entry INI. Aku ada mention pasal nak beli novel. Hover la tu siap tunjuk bukti kan... 

Novel pertama yang aku nak jual novel berjudul Aku Suka Dia. Hoi ayat macam karangan bahasa melayu. hihihi... Lepas baca novel terus mood sastera mari. Novel ini di tulis oleh Iman Zahra. Harga beli RM 18.00. Harga nak jual RM 15.00 masuk postage pos daftar. Oii murah tu... Dahla baru baca sekali, pastu lagi murah dari pasaran. Siap hantar sampai ke muka pintu rumah/opis anda. Tak mau ker?

Sinopsis :
Nia Deliya dan Dennis Lee bersahabat baik. Nia meminati Cikgu Elvart Hee, tetapi ditentang oleh Dennis Lee sehingga terjadi salah faham antara mereka.
Nia berpindah ke sekolah lain dan tidak menghubungi Dennis Lee. Berapa lama kemudian, mereka bertemu semula.
Lina, sahabat baik Nia meminati Dennis Lee. Dia tidak tahu kisah antara Nia dan Dennis Lee. Nia dan Dennis Lee masing-masing terus berahsia.
Sampai bila Nia mahu merahsiakan berkenaan Dennis Lee? Apa terjadi kepada lina apabila mengetahui kisah sebenar?

*jari tu memang diorang design cam gitu, bukan aku atau anak aku conteng...
Tajuk : Bertaut Sayang
Penulis : Nisa Humaira
Harga Beli : RM 22.90
Harga nak jual : RM 19.00 masuk postage pos daftar.

Sinopsis :
Benarkah cinta sejati itu terlalu sukar untuk dimiliki? Adakah kasih suci itu mampu untuk dikecapi atau semua itu hanya sekadar angan dan mimpi?
Zarynn Nursofeanna gadis cantik yang memiliki segalanya. Dia punya rupa dan semua yang diimpikan wanita lain. Namun hatinya terlalu sukar untuk dimiliki. Dia tidak percayakan cinta. Kekecewaannya dimasa lalu membuatkan hatinya bagai terlalu keras untuk menerima kehadiran seorang lelaki sehingga dia sanggup untuk membuat temujanji demi temujanji dengan lelaki-lelaki yang ditemaninya dalam ruang sembang.
Kauthar Zaffrin Lelaki yang hanya mengimpikan kehidupan yang sederhana. cintanya pernah dihancurkan oleh wanita bernama Haifa Jameela, membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Namun, kehadiran Zarynn mengubah segalanya. hati yang dulu tertutup kini kembali terusik. Pun begitu, dia tahu Zarynn, tidak mampu untuk dimiliki. gadis itu terlalu sempurna dimatanya. Lantas dia sanggup bertaruh dengan nasib hidupnya.
Bagaimanakah berakhirnya sebuah pencarian? Mungkinkah ada mentari esok yang mampu memberi sinar dan membawa pergi mendung luka semalam? Adakah akan bertaut sayang dalam hati dan jiwa mereka?

Cepat-cepat sape yang nak beli boleh email : edyeda@gmail.com. Condition tip top. Ada bookmark. Semua complete.

Nak pesan tolong jangan tanya novel yang lain ada tak kak. Sebenarnya saya isteri dia ke, apa ke semua dah sold out. Dah terang lagi bersuluh aku mention kat Blog satu lagi tu. Tinggal yang dua ni je belum sold out.

2 Comment:

Myra Jay said...

Dah lama MJ tak baca novel, rasanya dah 6-7 tahun, nak baca pun xdak masa.. buku study pun tak terbaca.. heheee..

Peminat novel wajib beli ni, sebab mmg semurah habis nieh :D

IntaNBerliaN said...

sy xsk sgt baca novel