13 May 2013

Kenapa puchong, bukan putrajaya

Vahvahvah tajuk je dah tahu ko sokong parti mana kan? hahaha... ok sebelum berlaku kesalahfahaman pada tajuk baik i explain yang i sokong kerajaan yang memerintah sekarang. Rakyat telah menyatakan suara mereka melalui undi hari tu...


Hari ni aku nak jelaskan beberapa pertanyaan rakan-rakan yang bertanya kenapa aku tak nak duduk kuarters. Apasal aku tak nak tinggal kat putrajaya. Apsal aku lebih rela travel puchong to putrajaya padahal tol pergi balik kena RM6.40. Juga apsal tak nak hantar anak kat taska putrajaya..


Sabar-sabar banyak sangat soklan ni. Tak cukup nafas aku nak jawab setiap kali korang tanya. Jadi mailah aku blogkan jawapan pada setiap persoalan kalian semua.


Sebab pertama kenapa aku suka tinggal kat puchong adalah kerana puchong dibawah negeri selangor. Selangor ditadbir oleh PR. Di bawah pentadbiran PR aku dapat air api free. Even masa ayah aku meninggal PR bagi  dua ribu lima ratus. Sape tak nak. EH? Joking okey.. Mood pilihan raya lagi ni...


Actually sebab utama aku suka duduk puchong sebab rumah yang aku duduk sekarang adalah di tanah arwah mak bapak aku. Aku buat rumah kat atas tanah arwah mak ayah aku. Kalau duduk putrajaya aku tak pasti aku boleh biasakan diri dengan rumah yang tak ada tanah. Pandang kanan bangunan, pandang kiri nampak burung, pandang bawah gerun... Nak sidai baju pun kena dalam rumah. Tak bestlah kalau basuh baju tak dapat sidai bawah cahaya matahari. Aku dah selesa tinggal sini. Ada dalam dua puluh tahun duduk kat sini.


Sebab kedua kenapa aku sayang kat puchong ialah kerana barang-barang dapur/makanan senang nak dapat dan MURAH. Tempat yang aku tinggal sekarang sangat strategik. Dekat dengan Mydin, OTK dan Tesco. Jarak di antara ketiga-tiga market ni dengan rumah aku lebih kurang 10minit sahaja. Ikut suka akulah nak pi mydin boleh, tesco boleh, OTK pun boleh. Opps lupa plak Giant lagi dekat. Lima minit je dari rumah aku. Tapi aku tak berapa prefer nak pergi ke Giant sebab barang dia lagi mahal dari mydin, tesco dan otk. Biasa aku pergi OTK. Dan antara puchong ke KL, puchong ke Shah Alam, puchong ke Putrajaya adalah mengambil masa setengah jam (kalau tak jem ye..)


Sape duduk kat ni aku confirm tak kan ada yang mati kebuluran. Kalau mati sebab keracunan tak mustahil ye. Sebab apa kedai makan kat kawasan rumah memang banyak. Jalan setapak kedai, jalan setapak kedai. Dari jalan utama nak ke rumah aku kalau di bilang ada lebih dari sepuluh buah  kedai makan. Itu tak masuk lagi kedai runcit dan kedai yang orang jual tepi jalan guna payung tu. Kalau lapar masa mana pun tak risau. Ada kedai yang buka 24 hours. Ala putrajaya pun ada maa... Ada memang ada. Banyak mamak kan? I is satu family tak makan kedai mamak kecuali darurat. Sini kedai semua melayu. Kaya kan Puchong ni. Kalau takde permintaan tak kan ada penawaran kedai. Aku je yang belum berapa kaya. Tu yang asyik makan kat rumah. (",)


Cakap pasal barang murah tu mesti korang nak tahu setara mana murahnya barang tu. Ni aku bagi contoh makanan ye.. Korang suka makan jelly kelapa? Aku suka. Secup selalu korang beli berapa. Kat sini cuma RM1.00. Ala mesti korang nak cakap kat kampung aku pun singgit jugak. Kampung ko tu kat mana? Kedah, kelantan, perak???.. Kalau iye jangan cakap banyak. Kalau kat putrajaya jelly kelapa adalah berharga RM1.50. RM 1.60 pun ada aku penah beli.


Burger pulak berapa sebiji korang beli. RM1.00 ada dapat. Tak ada kan. Puchong ada. Bukan banjo tapi BURGER ye. Yang ada dua keping roti, sekeping daging, cili sos, sayur kobis tu. Tapi janganlah assume sedap macam burger harga rm2.50 atau burger Mc D. Untuk alas perut oklah. Kalau tambah keju RM 1.50. Masih lagi murah. Biasa sebiji burger dua hinggit kan. Lagi satu kuih singgit tiga ketui boleh dapat. Besar-besar jugak. Sekarang kuih kat kebanyakan bandar seketul lima posen. Kat kampung-kampung je masih singgit tiga.


Haaa... macam manalah orang yang kuat makan macam aku ni tak suka tinggal puchong...(",) Pasal tak nak hantar kat taska putrajaya pulak sebab mr. edy keje tak tentu masa so kalau letak kat taska putrajaya susah nak ambik kalau dia balik kerja awal atau tak kerja.

Beside of reason kat atas tu, puchong adalah tempat aku membesar. Mana aku tak sayang ketat-ketat kat puchong. Home sweet home... walaupun sebahagian masa kecik aku banyak di asrama...


3 comments:

Kakzakie said...

Sah-sah kalau gitulah ceritanya kalau kakak pun tak mahu mahu duduk Putrajaya. Bau tanah pun dah serasi. 20 tahun lagi. Air free itu lagilah kalau kira setahun dah berapa kan. Johor ni entah bila nak dapat macam Selangor..

IntaNBerliaN said...

kalau saya pun sy akn plih puchung... best je cite azi bg.. mkn pun murah...

Myra Jay said...

Murah dan berbaloi..
Maksudnya akak suka travel sebab lebih 'value' nya kan :)

 
Copyright by Aziazidah