17 May 2013

My Cermin Antik

Hari ni aku nak share satu barang yang aku simpan dah lama sejak aku kerja kerajaan. Sila redha lately asyik story pasal diri, pasal keje, pasal kerajaan. Wanita bekerjaya katakan ... (",)
Aku start masuk kerja kerajaan umur 21 tahun. Muda trang tang tang masa tu. Masuk sebagai PKS (pegawai khidmat singkat). Gaji bayar ikut hari kerja. Tak keje tak ada gaji. Time tu sabtu keje. So paling maksimum gaji sebulan boleh dapat dalam RM 588.00 lepas tolak KWSP. Ingat the exact amaun tu.. Pembantu Akauntan memang hafal bab angka-angka ni. 
Sikit kan.?? Kalau sekarang gaji banyak mana cukup. Bayar duit kereta je dah habis. Luckily time tu aku tumpang kakak aku gi keje. Bayar duit minyak tiga puluh hinggit je sebulan plus aku tolong basuh kereta dia. Kalau sekarang aku tumpang orang dengan bayaran tiga puluh mahu kena sumpah seranah.. 
Aku kerja sepuluh bulan je sebagai pegawai khidmat singkat. Oppss nama je pegawai tapi jawatan tu pangkat kerani jer. Rasanya lagi bawah dari kerani. Sebab kena wat keje macam kerja PAR. Kerja-kerja cop, kerja photostat macam tu... Seminggu kerja aku terus apply SPA. Lima bulan kemudian dapat interview seterusnya dapat kerja tetap dengan kerajaan. 
Masa jadi PKS tu, ada PKS PKS yang lain dalam lima enam orang lagi. Salah sorang nama timah. Timah tu nama timangan. Nama betul apa ntah lupa. Fatimah kot. Lawa orangnya. Putih. Selalu mengadap cermin. Pastu dia berenti. Kalau tak silap tak dapat sambung contract PKS tu. Performance tak bagus. Itulah asyik mengadap cermin. hahaha..
Masa hari last time dia kemas-kemas barang, dia bagi aku satu barang. Nak tau apa? Barang yang setiap perempuan tak boleh tak ada. CERMIN... Aku memang tak ada cermin. Selalu guna cermin kat dinding opis tu jer..




Mempersembahkan cermin antik dengan wajah separa comel saya. Cehhh.. Sila muntah!! 
Tiga puluh dua tahun tolak dua puluh satu tahun sama dengan sebelas tahun dah cermin ni dalam simpanan aku. Saya seorang yang sangat menghargai pemberian orang (^_^)


6 Comment:

mama3heroo said...

mmg dah boleh kira antik ni..lme tul simpan..

Zurina Hj.Zainal said...

brg keperluan wanita bila kt opis...hik..hik.

PUANSTOBERI said...

skrg tak panggil PKS dah. dah panggil SPS plak - tp nama sama je - pegawai skim khidmat singkat. Huhu.

Diam tak diam lama gak kita kerja kerajaan kan. Me, thn ni 9 tahun, thn dpn bln 2 dah 10 tahun. Kejap je masa berlalu. Nati nak buat entry berkaitan kerja gak lah. Hihi.

Akula said...

kerja kt mne

Dja@SisHaza said...

Salam,

mmg kategori antik betul la kalau dah sampai 11 tahun masih disimpan.. sifat menghargai ni memang patut ada pd sume org

ciklaili.com said...

Tahniah..bukan senang nak menjaga barang sehingga 11 tahun. kalau ada anak, dah masuk darjah 5 pun :)