13 June 2013

Cara mendapatkan voucher RM50 daripada zalora

Cerita ni mungkin agak basi dah bagi sesetengah blogger tapi ada aku kisah basi ke tak. Bukan uolls boleh rasa pun :p. hihihi...

Ingat lagi tak review aku pasal first time shopping di zalora. Hari tu aku beli guna voucher free yang zalora bagi la. Rasanya aku antara blogger yang lewat grab voucher percuma bernilai RM50 daripada zalora itu. Tapi tak pe. Macam aku selalu kata biar lambat asalkan selamat. :-)

Korang tahu tak camna nak dapatkan voucher lima puluh hinggit tuh. Banyak dah blogger yang buat entry pasal ini. Aku tahu pun sebab baca kat blog orang lain. Tapi bagi yang tak tahu meh aku terangkan. Senang je pun, uolls hanya perlu email zalora di zalorateam@zalora.com.my. (for blogger only)

Dalam email tu korang nyatakanlah yang korang berminat nak menjalinkan kerjasama dengan zalora dan sertakan juga link blog anda. Bukan apa, nanti senanglah pihak zalora menterjah blog korang. Dah nama blogger wajiblah bagitau link blog. Kalau tak macam mana zalora nak kenal korang sape. Haa tak pasal-pasal dengan email boleh jadi medium memperkenalkan blog korang. Dapat traffic free (",).

Then kalau zalora juga berminat bekerjasama dengan korang, diorang akan reply. Jangan assume akan direply dengan pantas dalam tempoh satu hari. Aku hari tu macam dah putus asa sebab selepas 4 hari baru zalora reply. Zalora online shop yang besar, mesti banyak lagi email-email yang penting daripada email aku tu.

Kalau nak tahu demam voucher RM50 daripada zalora meletus sebab team zalora sendiri ada tinggalkan komen kat sesetengah blog kata berminat nak menjalinkan kerjasama dengan owner blog tu dan suruh owner blog tu email balik untuk menyatakan samaada bersetuju atau tidak menjalinkan kerjasama dengan mereka. So bagi blogger yang tak dikomen oleh pihak zalora, blogger itu ambil inisiatif sendiri pi email kat zalora dengan menyatakan kerelaan hati beliau berminat nak jalin kerjasama.

Iyelah tak semua blog sempat team zalora nak terjah dan mampu tinggal komen. So kita kenalah introducekan diri kita sendiri supaya zalora dapat tahu tentang kewujudan blog kita. Sebab at the end of dealing bila dah dapat voucher serta membuat pembelian dalam tempoh 7 hari dan dalam tempoh 14 hari uolls kena review their product. Give and take la kan.

Kat sini aku nak bagi kata-kata semangat sikit bagi segan nak email. Nak voucher free tapi malu nak email. Haipp jangan malu-malu. Zalora tak makan orang. Aku pun memula hari tu malu gak nak email. Rasa macam mengemis jerk. Tapi kalau tak email tak tahu pulak kan. Uolls anggap je email kepada zalora sebagai pengukur pencapaian blog korang. Kalau zalora tak reply means blog uolls tu tak cukup mantaplah untuk diorang nak bekerjasama. So means blog i dah mantap ke ni? ngeh ngeh ngeh...

Aku hari tu cuba-cuba jer email, Time tu tengah kebohsanan datang melanda. Ngadap komputer dah tak tahu nak buat apa. Then dapat pulak. Rezeki....

Tapi sesebelum tu harus sedar diri jugak klu blog tu baru ada entri 9/10 entri aku rasa macam tak layak ler korang nak mintak kan.


*nak baca cerita first time aku beli barang kat zalora terjah SINI. Untuk the second one klik Sini pulak



2 comments:

Rohani Hashim said...

azie, nak try jugakla, tapiii apa nk cakap dlm email ;)

Nzyrahun said...

Hehehehe, bukan aku rasa aku orang paling lambat tahu pasal ni. Hehehe thankss !!

 
Copyright by Aziazidah