03 June 2013

Cara merawat tangan yang luka

Hari ni aku nak share satu petua. Macam mana nak rawat tangan yang luka supaya tak pedih bila kita buat kerja. Macam contoh masa kita tengah hiris bawang kengkadang terhiris tangan. Pastu bila nak sambung masak atau basuh pinggan mulalah rasa macam tak boleh. Pedih.. Kulit dah terbelah.

Macam jumaat lepas aku cuti. Pastu duduk rumah bosan. Terus decide nak bersihkan my sawi. Masa kemas kat bahagian bonet tak sedar ada pisau dalam bonet. Sebab pisau tu duduk bawah celah-celah kain buruk. Berdarah tangan.

Teringat juga masa belum kawin dulu. Aku ni ditugaskan bahagian masak makan tengahari dan petang. So satu hari tu teringin nak masak asam pedas. Pi amik bunga kantan kat belakang rumah. Sekali masa potong bunga kantan tu terpotong jari sekali. Dah tak boleh masak.

Masa dulu aku sapu guna ubat gamat. Tapi ubat gamat macam makan masa nak bagi kulit kita bercantumkan. Still lepas sapu ubat gamat bila nak basuh pinggan atau mandi kat bahagian luka tu rasa pedih-pedih.

Tapi sekarang aku dah tahu satu petua traditional. Mr. edy ajar. So pasni kalau tangan luka lagi tak payah rungsing tak boleh masak. Tak de alasan tak boleh masak.

Ambil je getah batang pisang dan sapu rata di tempat luka.

Senang kan. Kalau korang duduk kat bandar tak dapek la den nak tolong. Kena tanya kat jiran india mana tahu diorang nak bagi pokok pisang depan pintu rumah diorang tu.. (",)

Oh ya boleh aplikasikan kat bahagian kulit yang lain. Bukan tangan jer. Uolls tunggu dalam 10 minit bagi kering getah tu then dah boleh buat kerja macam biasa. Gerenti tak pedih tangan punya kalau kena dengan sabun ke air ke...

Selamat mencuba....

*eh luka bersalin boleh ker???....


2 Comment:

Eca Dwinky Asha said...

xdpt bayangkan kalau letak getah pisang kat tmpt luka bersalin.kakakaka~

Minsya Mahzan said...

alhamdulillah petua nie nie berhasil.. tq aziazidahπŸ‘ˆπŸ‘ˆ✌πŸ‘ πŸ‘ˆπŸ‘‹ .........