25 June 2013

Isu sura rumah tangga dalam primadona

First aku nak ucap bebanyak tima kasi pada yang menonton rancangan primadona jumaat lepas (20 June). Lepas aku on air bertalu sms yang masuk. Terasa macam retis i tau. Tak kurang jugak yang dah standby depan tv sampai ke sudah tak dapat tengok aku. Tertanya-tanya mana nye azi. Aduhai ada yang tak kenal pulak lepas aku makeup tebal 24inci... (",)

Bagi yang tak tengok actually topik malam tu pasal perbincangan mengenai sura rumah tangga. Suami jadi suri rumah tangga. Isteri keluar bekerja. As u know mr. edy sekarang telah rasmi menjadi mr.mama menjaga hakeem dan sofea lepas aku decide keje balik. That why astro panggil kitaorang untuk discuss pasal isu ni. Lebih afdal interview orang yang melaluinya..

Aku tahu masyarakat kat luar sana samaada lelaki atau perempuan rata-rata tak boleh menerima suami menjadi suri rumahtangga. Kenapa ye?

Mungkin bagi yang tak melalui seperti yang kami lalui, mereka akan memberi pelbagai andaian serta mengeluarkan pelbagai kata-kata negatif dan tohmahan. Aku tak salahkan diorang. Sebab bagi aku hanya yang ada anak dan pernah lalui apa yang kami lalui sahaja yang boleh faham.

Kat sini aku nak jelaskan, ini atas permintaan mr. mama sendiri. Mr. mama tak ada blog jadi dia suruh aku blogkan apa yang nak dia sampaikan. Sebenarnya mr. mama masih mencari nafkah dan menjadi penyumbang kepada kewangan keluarga kami.

Weekend seperti yang sedia maklum, mr. mama bekerja dengan menyediakan perkhidmatan sewaan lori. So sesiapa yang nak sewa lori untuk pindah rumah ke, pejabat ke, angkat barang event or apa-apa sahaja boleh call mr. mama. Kami prefer on weekend atau malam. No telefon ada di sidebar sanun. Jadi istilah suami makan duit bini tak wujud dalam kamus kehidupan kami. Apa yang mr. mama buat adalah semata-mata bertujuan untuk kepentingan anak-anak.

Lagi satu mr. mama jugak mintak maaf jika malam tu ada kekurangan dari segi persembahan dan percakapan mr. mama especially pada pihak astro. Maklumlah first time masuk TV. Ramai yang komen cara mr. mama duduk dan cakap malu-malu walaupun selamba.

Kalau aku, aku tau aku cakap ok walaupun ada gemuruh sikit. Selesai aku on air, pihak astro siap puji cara aku punya penyampaian bagus. Well i memang suka bercakap.... hahaha..

Again tq pada yang support kami malam tu. Sanggup rakam dan tunggu depan tv. Love u all lah...



*nanti aku update keseluruhan program primadona malam tu yea. wait!!!


3 comments:

IntaNBerliaN said...

saya baru tahu pasal ni... dah lama xbw... pemes lah azi.. hihii


eh, tapikan, camne astro blh tau pasal azi n hubby ek?

Anonymous said...

tp mr mama tersilap ckpla..katanya anak dia satu 4 tahun, satu lg 3 tahun..

Mimi Azirah said...

ala terlepas nak tgk primadona

 
Copyright by Aziazidah