25 June 2013

Review : A'famosa Resort Hotel

Sekarang banyak pulak cerita review mereview ni. Memantang sejak keje ni banyak dah aktiviti ko buat. Shopping sikit buat review. Pergi jenjalan review. Kalau masa jadi fulltime housewife dulu nak review menda. Nak share pasal resepi pun bukan ko pandai masak sangatkan.. (:,)

Act dua minggu lepas my opis anjurkan kursus kat A'famosa Resort. Kalau datang ke a'famosa  uolls boleh tinggal samaada kat Resort Hotel, Condotel, Villas & Villas Suites. But we all duduk kat Resort Hotel. Untuk lihat harga setiap bilik boleh lihat laman rasmi a'famosa resort. Klik SINI.

Resort Hotel ni paling dekat dengan dining & bilik kuliah compare dengan tempat penginapan yang lain. Boleh jalan kaki je. Kalau duduk selain resort hotel make sure uall ada transport. Kalau tak kena naik bus yang di sediakan oleh pihak a'famosa resort. Not sure kena bayar ke tak. Tapi agak leceh nak naik bus sebab dalam a'famosa ni ada banyak aktiviti yang uolls boleh lakukan dan tempatnya jauh diantara satu sama lain.

Kursus start hari jumaat hingga ahad. Sesampai kat bilik hotel, perkara yang wajib aku buat adalah serbu tandas. I is mementingkan kebersihan tandas dan bilik air. Unfortunately apa yang aku harapkan tak seperti yang aku tengok. Bilik air dan tandas agak menggelikan. Ada kesan hitam-hitam dan kotoran yang kekal.


Nampak macam jarang disental kan bilik air ni. Nak berendam pun rasa tak lalu.

Tutup tandas tu alahai eeeee.... Oh ya tandas dan bilik air separate.

Malam sebelum tidur, receptionist call my room tanya ada apa-apa masalah tak dengan bilik. Aku jawab bilik air n tandas kotor. Then dia tanya nak kami hantar cleaner sekarang ke?. Aku jawab tak pe esok jelah sebab dah malam. Esoknya pas abis kursus dalam pukul 2 petang bilik still tak berkemas lagi. Tandas n bilik air tu sah sahlah tak ada orang yang cuci.

Bahagian hujung bilik ada dua sofa satu seater diletakkan dibahagian hujung bilik.

Makeup table n tv table. Biasa jer.

Ruang untuk bancuh tea/coffee. Cawan jugak agak berhabuk dan kotor. Jug air bahagian dalam dah berkarat. Takut aku nak buat air.


Gambar ni aku amik kat laman web a'famosa resort. Aku lupa nak snap sendiri sebab lepas kecewa dengan tandas dan bilik air aku terus boomm. Aku dapat katil queen sebab aku duduk sorang.


Overall untuk bilik hotel sahaja aku bagi 3star. Next aku cerita aktiviti yang boleh dilakukan di a'famosa resort pulak.


1 comment:

Amanda Suria said...

Mak oi...knp teruk sgt tuh?

 
Copyright by Aziazidah