04 June 2013

Review : Shopping di zalora kali kedua

Hari tu dah review shopping kat zalora for the first time. Review hari tu dengan pembelian menggunakan voucher percuma dari zalora. Kali ni nak review beli dengan guna duit sendiri. No more voucher free free dah. Sengkek zalora nak bagi selalu...

Aku beli skirt.  Last week zalora bagi 10% diskaun pada sesiapa yang nak beli clothing. Pastuh because i'm an awesome customer (itu yang zalora tulis dalam email) nah zalora bagi lagi diskaun 15%. lagi. Awesome la sangat. So total diskaun yang layak aku nikmati adalah 25%. Itu yang laju je nak mengorder.

Harga skirt tu RM 40.90. Pas diskaun tambah dengan harga shipping jatuh RM 35.67. Murah dari harga asal. Berbaloi-baloi. (",). Shipping kena bayar RM 5.00 sebab pembelian bawah RM 75. Atas RM75 baru free shipping. For sabah sarawak RM10, Brunei  RM30 on item below RM 250, above RM250 free shipping. Complete set info i bagi. Sila catat dalam buku..

Aku order skirt tu hari sabtu. Tak de nak tunggu-tunggu hari senin. Kang tunggu-tunggu sold out lagi. Tu pun nasib aku cepat, memang skirt tu tinggal satu je pun time aku order. Lagian diskaun 25% tu valid sampai esoknya.. Tu yang tak bertangguh. hihihi...

Then aku pilih Cash on delivery (COD). Takut jugak dah bayar barang tak sampai. Acaner tu? johan sila jawab. okey not funny. Duit dalam bank tak ada sebenarnya... Tapi apa-apa pun sila berhati-hati. Beli online ni satu pertaruhan.

Dua hari kemudian, means hari isnin pagi dapat call dari Ta-q-bin gitau seminit lagi dia nak sampai hantar parcel zalora. Owhh cepatnya. sabtu tenghari order, ahad memangla takkan sampai opis tutup. Isnin pagi dah boleh pegang my skirt. Sehari je tunggu. Super fast bagi aku. Siapa kata servis zalora lembab dan bermasalah. Mungkin dulu iyela kot. Sekarang dah improve maybe. Belajar dari kesilapan.

Cuma yang tak best budak taqbin tu kata seminit lagi dia sampai my opis. Tunggu punya tunggu 15minit kemudian baru nampak batang hidung. Pffttt...

Oh ye kalau uolls beli cash on delivery diorang guna khidmat ta-q-bin. Kalau bank in transfer baru guna GDEX.

Even banyak skirt camgini kat pasaran, murah-murah lagi dah nama aku berkenan yang ini ada aku kisah yang lain.


Nampak na aku tak gosok, main sarung je skirt tu.
Dua kali beli clothing kat zalora setakat ni dua-dua tak mengecewakan. Cutting suit for me.
Pandai jugak minah kampung ni soping online. ^_^

Thank for reading..


3 comments:

Unknown said...

azi, hany cari email xjumpa. blehe mail hany tak rohani.asckl@gmail.com
hehe free nak ajak lunch sama2 ;)

ecadwinkyasha said...

pergh pergh pergh...suka blazer tu je.kakaka :P

IntaNBerliaN said...

berkenan plak saya dgn zalora pas baca entry ni.. bagus tol yer