Soalan Interview PPT N27

Well, semalam dah selamat menjalani pembedahan interview seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini. hehheh.. Interview ok. Haa mesti uolls nak tahu apa soklan yang ditanya.

Sebenarnya ia depend pada interviewer yang kita dapat. Dapat ok ok ler. Macam aku semalam aku dapat bilik D dan orang yang ketujuh. Sape dapat bilik D memang lucky sebab tak ada tanya tanya dalam bahasa inggeris seperti yang ditakutkan kebanyakan orang. Sesi introduce diri pun dalam bahasa melayu. Tapi soklan yang ditanya memang power-power. Balance la. Tak nak cakap inggeris kenalah tanya banyak soklan.

Majoriti calon yang diinterview oleh interviewer bilik D paling cepat setengah jam. Bilik lain ada yang speaking london dan sekejap. 15 min dah keluar. Untuk semalam bagi aku ok jer nak jawab walau pun rasa macam banyak yang salah tapi istilah jawapan nak jawab tak tahu tu memang tak wujudlah.

Akunyer interview kul 9 pagi. 8.15 pagi aku dah sampai spa. Jalan kaki je dari opis coz opis aku ngan spa bersebelahan parcel jer. Dapat masuk interview dalam pukul 11 setengah. Mula-mula masuk terus interviewer suruh perkenalkan diri. Lepas dia tahu aku kerja kat KDN terus tanya nama KSU KDN & Menteri KDN. Interviewer tanya jugak KSU KDN yang sebelum ni siapa. Sebab KSU KDN Tan Sri Mahmood Adam tu sekarang dah jadi pengerusi SPA. Nak tengok aku alert tak alert la tu.

Next interviewer lelaki tu suruh aku terangkan pasal 1Malaysia. Fuhh soklan first pun dah berpeluh. Aku memang dah baca pasal 1Malaysia tapi bila dalam bilik macam blank je nak jawab. Aku jawab siap bagi slogan 1 Malaysia yang tahun 2009 - Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Terus interviewer mintak bagi contoh program yang kerajaan dah laksanakan dibawah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tanya soklan ni silap besarlah aku tak tahu. Berlagak... Uolls tahu tak? I jawab BRIM, PPA1M, 1Azam & bla bla bla... Betul tak betul belakang kira janji confident kena ada.. heee...

Next interview tanya since aku pernah terbabit dalam penyediaan budget, boleh tak terangkan macam mana proses penyediaan budget. Bagi yang bukan kerja related dengan budget memang soklan ni tak kan diorang tanya. Pas aku dah jawab macam mana proses penyediaan budget, interviewer tanya pulak, macam mana dengan peruntukan yang tak habis. Kenapa bila kita tak habis berbelanja duit peruntukan yang dibagi dikira sebagai tidak berbelanja secara berhemah. Soklan part budget ni memang lama giler diorang tanya aku. Aku jawab gini diorang tanya gini. Memang macam sesi debat sikit masa soklan budget ni.

Then diorang tanya kalau aku sebagai pegawai macam mana nak handle staf yang bermasalah tak datang kerja. Kemudian tanya lagi soklan kalau staf datang pagi punch card kemudian hilang petang ada untuk punch card balik apa yang akan awak buat. Nampak tak diorang banyak tanya pasal penyeliaan dan kepimpinan. Dah nama EO memang banyak kerja penyeliaan. Sesi menjawab soklan ni pun lama jugak sebab setiap jawapan yang aku bagi ada je yang diorang nak patahkan. Nak bagi aku putus asa menjawab agaknya.

Kemudian interviewer tanya apa tugas PPT. Pernah tak diberi tanggungjawab menguruskan majlis. Aku jawab setakat ini saya belum diberi peluang  untuk mengendalikan sebarang majlis. Then interviewer tanya kalau anda diberi tugas handle satu majlis contohnya majlis sambutan tahun baru cina apakah persediaan yang perlu anda buat. Yang ni aku main hentam je jawab. Tak assume diorang nak tanya soklan ni.

Diorang ada tanya juga sebelum ni aku PTW W17 then tukar ke PA W17. Aku bagi reason tukar ke PA sebab minat accounting. Then diorang kata macam mana kalau aku dapat jawatan PPT ni.  Tugas PPT kan berbeza dari tugas aku sekarang. Walau pun tugas PPT salah satunya pengurusan kewangan tapi part tu kecik je. Interviewer tanya jugak cuti sakit ada berapa hari. Berapa hari oi. Aku lupa. Kan aku jarang MC. Aku jawab cuti sakit kerajaan ada 30 hari, cuti sakit swasta 15 hari. Betul ker? Jawapannya 90 hari kan.

Last sekali diorang tanya pendapat aku pasal Bayaran Intensif Tugas Kewangan (BITK). Kenapa orang kewangan layak dapat elaun BITK tapi pegawai lain tak dapat. Aku jawab sebab kerja kewangan adalah tugas yang berisiko dan specific. Memerlukan kepakaran. Jadi memang layak dibayar elaun BITK. Tak ada istilah terdapat keistimewaan atau perbezaan orang kerja kewangan dengan jawatan yang lain. Kerajaan telah meneliti apa yang sepatutnya setiap kakitangan itu patut dapat. Jawatan penguatkuasa juga dibayar elaun penguatkuasa. Lagi banyak RM200 compare BITK RM40 je. PA juga dibayar elaun penterjemah (belum ke ni) walau pun hakikatnya ada je PA yang tak buat kerja terjemah terjemah ni kan. Tahu tak interviewer tu balas apa PTD jugak kerjanya berisiko. Contoh PTD jalan naik tangga pastu jatuh risiko jugak. Haiii contoh macam ni pun ada ke. Nak je aku jawab siapa suruh jalan tak berhati-hati. Padan muka dah jatuh tangga kan... hahaha... Dah tak tahu nk soal apa lagi la tu...

Soalan pasal elaun ni memang dia argue je setiap kali aku bagi jawapan. Sampai aku terdiam seketika then dia kata awak tak ada apa nak komen ke. Aku tak jawab tak de tapi just diam then interviewer cakap oklah itu sahaja yang saya nak tanya. Awak dah boleh keluar.

Tinggal 3 hari lagi nak abis interview PPT ni. Daripada 49,000 calon diorang nak amik 67 orang sahaja. 1000 calon simpanan. Bagi yang dok tengah search soalan interview PPT N27 dan terjumpa blog ni, aku ucapkan selamat berjaya, do the best among the best ya. Cewahhh.. Masuk bilik interview je terus blank ye dak?

Kalau uolls terpilih memang uolls yang terbaiklah.. Jadi calon simpanan pun dah bersyukur. Kalau dapat dalam lingkungan 67 orang tu lagilah bersyukur sangat-sangat... Sama-sama kita tunggu result hujung bulan tujuh ni.



No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY