On Air Astro Primadona

hai hai ada tak yang teringin nak tengok kita live. Kalau ada meh nonton video bawah ni. 

Aku share kat sini untuk tontonan peribadi and kot kot ada la yang nak tengok sesangat aziazidah dan her partner tapi termiss tengok rancangan primadona hari tu atau pun sebab tak ada astro.  mihmihmih.. Bajet retisla sangat kan.

But sori for the quality yang super duper hancus. Rakam guna hp camera jah.  Thanks  to my sis yang bersusah payah tolong rakam. Memula ingat nak show kat uolls video yang astro upload kat laman web dia. Cantik sikit. Tapi sampai la ni tak ada ada jugak. Yang ada dalam web tu pun lelama punya.

Actually aku sendiri tak tengok pun lagi video ni. Malu sih.. Nanti nanti la bila ada kekuatan i bukak dan tengok. But now blog it dulu sebelum ia hilang dalam handphone tuh..


My part...


Mr mama part.
Tak sempat rakam habis bateri dah kong..




And dikesempatan bulan yang mulia ni, aku nak mintak maaf jika terdapat kesilapan dalam pertuturan aku dan mr. mama sepanjang tempoh bersiaran. Aku tau ramai owner taska yang bengang dan geram pasal isu hanger yang aku bangkit. Aku terbaca kat fb astro primadona. 

Kalau nak tahu, dengan masa yang agak keterbatasan dan tanpa skrip yang berikan, semua yang aku luahkan malam itu keluar secara spontan. Tak ada hafal-hafal eh.

Dan kat sini aku nak perjelaskan aku sebenarnya tak kisah siapa pun yang jaga anak aku asalkan orang yang jaga tu jaga elok elok sudah. Tak ada masalah jugak kalau pengasuh/pihak taska nak pegang rotan dgn niat nak menakutkan anak kita bagi tujuan kebaikan. Tapi berpada-pada...

For me better kalau uolls guna ruler or rotan. Nampak nice compare than hanger. Masa yang aku tengok pengasuh guna hanger pukul bebudak, keadaan taska sangat terkawal. Semua budak-budak tengah belajar mewarna dan separuhnya tengok TV. Pengasuh bukak citer drama melayu. Bising bercakap, berlari dan bermain time tu adatla. No point pun dia nak pukul dengan hanger. Yang aku pasti ada beberapa budak yang mengganggu penglihatan pengasuh tu nak tengok tv. Maybe sebab tu dia marah... 

So sebelum terjadi apa2 yang buruk pada anak-anak dan sebelum aku menangis tak berlagu better i mengundurkan diri dari taska yang tersebut... Dan i know bukan semua taska begitu.



Last but not least my photo before on air..

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi...Slmt menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Slmt Berpuasa ya.
Wah!ON AIR ya..tahniah!!

p/s:K.atie ada menjual kuih btg buruk & mini popia..jom singgh.

IntaNBerliaN said...

muka azi lain sgt lps mekap.. cantik!!

azi on air nak kene mekap sendiri or dorang yg mekapkan :-)

*selamat berpuasa azi.. :-)

Myra Jay said...

Rezeki muncul on air, rancangan meletop plak tu..hehee ;)

Sis, MJ dah umumkan pemenang, nanti jemput singgah ye
http://normj1001.blogspot.com/2013/07/pemenangnya.html

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY