Sofea, kasut & kepandaiannya

Ececeh tajuk ada bau bau memuji nampak. Kalau aku tak puji sapa lagi nak puji anak sendiri kan. Tapi itulah memang betul aku rasa sofea ni pandai.

Mungkin jugak sebab dia dah besar. Dah empat tahun dah memang tahap kepandaian dia sepandai itu. Tapi ntahla.. Aku still berasa yang sofea ni kecik lagi. Banyak yang dia tak reti. Walhal anak aku tu dah pandai segala serbi. Pandai tolong masak, basuh baju, kemas rumah.... Pendek kata bukan saja pandai tapi rajin ya amat. hihihi... Harap-harap berterusan sampai ke besar. Selalu bebudak ni bila besar dah panjang akal mula banyak dalih.



Haa uolls tengok macam mana kedudukan selipar tu. Ngam-ngam dalam ukiran kaki walaupun terbalik. Macam mana tak cakap sofea pandai. 

Actually dua minggu lepas sofea datang my opis then aku bawak dia pi playground kat alamanda. Time tu tak ada sesiapa pun kat playground tu tau. Masa nak masuk main dalam tu, sofea bukak selipar dia then letak selipar kat tempat kasut macam dalam gambar tu.. 

Kalau nak kata dia pandai nak bukak kasut tu memangla sebab dia dah biasa pi main kat memana playground dalam mall memang kena bukak kasut. Tapi kena letak kasut kat tempat kasut macam kat atas tu tak pernah lagi dia tengok.

Haipp macam mana aku tak nak memuji anak lelebih...

2 comments:

Namee Roslan said...

comelnya ! saya sebenarnya suka kalau dapat anak perempuan sbb anak perempuan akan jd kawan baik saya. :D hehe. nak scan ni lg 2 hari. hihi

IbuNoey said...

bijak,bijak...ada disiplin tuh..harap AniqFiras pun boleh jadi pandai cam Sofea..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY