28 August 2013

Berus gigi pilihan saya


Dah beberapa hari tak update tetiba terus citer pasal berus gigi. Pehal ko...

Aku kalau beli sesuatu barang memang dipengaruhi oleh family. Apa yang family aku suka beli itulah yang aku akan beli. Jaranglah aku beli barang disebabkan oleh suggestion kawan-kawan kecuali barang yang disuggest benar-benar menarik perhatian selain murah. ngehngehngeh

Macam berus gigi, dulu aku pakai berus gigi jenama X. Perlu merahsiakannya demi keselamatan diri. :) Jenama ni ialah nama sebuah negara. Cuba uolls teka.? Aku guna berus gigi jenama X sebab dari bujang aku tinggal dengan family aku, diorang beli jenama X ni. So pas kawin pun aku continue pakai jenama X. Buat apa nak tukar yang lain, ala berus gigi je. Bukan baju tidur. Hi3.. Uolls nak kawin mesti nak beli baju tidur baru kan kan. Semua berus gigi adalah sama untuk tujuan memberus gigi. Rajin gosok gigi bersihlah gigi. Malas gosok gigi sebelum tidur berkaratlah kannnnn. Itu kata aku. Sebelum kenal dengan Systema Lion.

Lepas guna berus gigi jenama systema lion baru aku tahu owh rupanya setiap berus gigi different. Patutlah kat tv tu kata berus gigi diorang dirumus dengan muncung tirus, bulat tepi, hujung bercabang, etc... Selama ni aku buat tak kisah. Sebab apa. .. sebab berus gigi je pun. Kalau makeup, pencuci muka maybe pandangan aku berbeza. Mungkin aku akan cakap begini : wah jenama simply siti, wajib cuba nih! (baca dengan nada menggiurkan). Kalau pakai mana tahu akan jadi cantik macam siti nurhaliza. begitulah…

Aku terguna berus gigi systema lion ni pun sebab aku dapat sample free. Best guna berus gigi ni.  Pemegang dan berus dia jenis thin. Jenis runcing kata orang. Mudah kita untuk menggosok gigi part gigi dalam. Berus gigi jenama X yang aku guna sebelum ni tangkai berus dia gemuk gedabak. Memang menyukarkan aku nak berus bahagian gigi belah dalam. Payah nak masuk sampai dalam. Dengan systema lion aku rasa semua tahi tahi makanan yang terlekat kat celah gigi dalam senang nak diberus.(",)

Hat ubat gigi pulak aku guna halal toothpaste - MUKMIN . Itu pun selepas kes boikot barang Israel.

*Uolls punya berus gigi?

2 Comment:

Amanda Suria said...

SA suka berus gigi darlie...ubat gigipun sama.....

Mimi Azirah said...

Sy gune berus gigi jenama campur2..hahahaha