02 August 2013

Bombastic word


Hari tu kitaorang lalu depan taska lama sofea. Tiap hari pun lalu. Dah itu memang jalan utama keluar ke jalan utama besar. Ayat apakah? Dah dua tiga kali tiap lalu je depan taska mesti keluar ayat ni dari mulut sofea. Ini sekolah pertama pia.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Malam tadi aku nyembang nyembang ngan sofea sebelum tido. Aktiviti rutin ni. Untuk  mengeratkan silaturrahim. hehe.. Aku suka dengar omongan sofea. Antaranya...  Pia sayang mama dan papa dan adik dan mak ngah. (sila baca dengan sekali lafaz macam akad nikah). Mama tadi pia makan banyak. Nak pecah perut pia..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi tadi mr. mama dan anak-anak hantar aku ke opis. Bahagianya hidup. lalalala.. Kalau tidak bercinta cari parking setiap pagi. Masa aku pangku sofea aku nampak cuping telinga sofea ada kesan hitam. Ni mesti kes kena gigit lebah hari tu. Kena gigit lebah memang kulit akan jadi hitam ke? Risau ni kena bawak pi klinik. So aku mula membelek-belek kat empat kena sengatan tu. Pehtu sofea cakap mama jangan kobek, nanti pecah telinga pia.


Kombinasi tulisan yang aku bold dengan ayat sofea tu memang nampak power kan? Macam ayat orang-orang dewasa. Korang rata tak? rata tak bombastic?

Besar nanti hopefully sofea boleh jadi pemidato. One of my cita-cita aku... Sebab mak dia pandai cakap lam blog je. Kalau cakap kat luar hampeh. Suara ala-ala elly mazlin. Mendayu-dayu saja...



*blog sekarang kekurangan gambar sebab camera sudah hancusss...

2 comments:

IbuNoey said...

pia,pia..pandai je pilih perkataan..

dear xila said...

kenapa elly mazlin huhu??
sofia jd blogger jugak acane haaaa haa

 
Copyright by Aziazidah