21 August 2013

Cerita pagi raya & ketupat pulut

Ok bau bau bacang nak update story raya dah ada. Orang lain dah berpart part cerita pasal raya. Daku barulah nak ambil bau. Adoiii memang malas nak update pasal cerita raya ni. Tak de yang menarik sangat. Tak hot macam raya korang. Tahun ni sangat terasa kesuraman berhari raya. Banyak betul perkara sedih duka yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan melarat ke pagi syawal.


Cerita Raya
  
Kitaorang balik kelantan pun pagi raya. Pertama kali dalam sejarah hidup sepanjang lima tahun kawin. Kalau tidak kami sekeluargalah antara orang KL yang awal sampai kampung. Bertolak pagi raya pukul 6 pagi, kul  satu petang sampai. Jalan smooth ja. Lengang. Kalau tak lapan jam pun tak sampai lagi. Dalam sejarah jugak balik kelantan tujuh jam. Berenti makan minum kencing berak mau mau 9/10 jam. Well weolls oldskool. Bawak 70 80km/j je. Tapi kali nir. mama dah macam cacing kepanasan bawak kereta. Sekejap sekejap press 130km/j. Oooi nak mengundang maut ker apa?? Padahal yang offer nak balik kampung raya pertamanya dia. Aku mati mati ingat balik lepas zohor. Paling tidak pas sembahyang raya. Sempatlah nak beraya rumah kakak aku dulu. Ini subuh sepie' dia dah kejutkan aku. Dengan baju tak siap packing lagi. hahaha.. nampak sangat aku malas nak balik kelantan kennnn..



So raya pertama tu separuh hari dah dijalanan. Mana de mood nak beraya ke rumah orang lagi. Salam pagi raya pun tak dak. Aku tau setiap kali aku buat silap dan dan tu jugak mr. mama dah maafkan. hihihi.. Aku selalu je mintak maaf kalau bukan hari raya pun. Seharian raya pertama mata asyik nampak tilam tilam je. Hari raya pertama bebudak yang datang rumah mek memang tak dapat duit raya dari aku. Silap timing korang ler yea...


 baju raya aku sama ngan baju pia pakai tu...

Menu Raya
 Kuih-kuih kat rumah mek tak banyak. Banyak kerepek2 je. Aku tiap tahun sumbang batang buruk. Sape ada jual batang buruk sedap boleh promote kat aku yea.. :) Tapi ketupat palas@ketupat pulut ni memang makanan wajib keluarga mr. mama. Even majoriti orang belah pantai timur. Kalau my family prefer ketupat nasi/lemang ngan rendang. Kat sini ada jugak orang jual lemang tetepi jalan. Pastu cicah manisan. Tak lalu aku. Tapi tak pe aku bukan hantu ketupat nasi @ lemang. Rendang je berantu. Pagi raya tu memula ingat nak masak rendang ayam sambil wat bekal dijalanan tapi tak sempat. Sudahnya kelapa parut yang aku beli tu seminggu duduk dalam fridge. Balik KL baru dapat masak rendang pastu abang ipar kata sedapppppp angat rendang daging ni. Perli ke apa kelapa seminggu punya...

Ketupat pulut ni aku suka. Lebih-lebih lagi kalau mek buat bubuh serunding kat dalam. Superb terbaik dari ladang!. Memang mek tiap-tiap tahun ada orang tempah ketupat pulut ni. Malam raya, pagi raya, dah beraya-raya pun sibuk cara dengan ketupat dia. Dah habis tempahan orang nak kena buat tuk anak menantu nak bawak balik KL pulak kan..

Ok itu jelah cerita raya pertama kami sekeluarga. Ada masa update lagi cerita raya yang lain..

2 comments:

mama3heroo said...

bestnye,ade ketupat palas..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Azi..ketupat palas mmg sedap tp kat sini jarang jumpa.K.atie pon raya rebus nasi impit segera jer...nk mkn ketupat fresh..kat umah MIL ler,klu kat kg Apak k.atie...lemang ler jd pujaan hati :)

 
Copyright by Aziazidah