29 August 2013

Dah pandai memilih warna


Alkisah hari ahad hari tu mr.mama cat tandas dengan warna ungu. So masa mandikan sofea, dia nampaklah dinding yang tak siap cat tu dan cakap apsal warna bilik pia tu.Warna ungu. Nak warna hijau je mama.

Peh tu aku pun story balik kat mr. mama yang sofea nak kaler bilik dia tu dengan warna hijau. Sabar jelah tandas tu dia kata bilik dia. Padahal nak langkah kaki ke tandas tu pun tak nak. Uk uk pun masih atas lantai bilik air. 

Kemudian masa mr. mama nak pergi mandi aku dengar sofea menyembang pulak dengan papa dia. Dalam dengar tak dengar, aku dengar jugakla last last perbualan tu, mr. mama cakap pia nak cat warna hijau ke? Then pia jawab ye mama cakap bagitau ye..

Point kat sini nak tekankan yang anak dara aku ni dah pandai pilih warna kesukaan satu. Duanya dia dah pandai meneka perbualan orang. 

Eh betul ke meneka perbualan? 

Macam ni, kan aku cerita kat mr. mama kisah warna cat tu. Pastu bila mr. mama sembang dengan dia, dia tahulah aku dah cerita apa warna kegemaran dia nak tadi. 

Aku terasa anak aku ni pandai. Macam tu la… heh..


2 Comment:

Mimi Azirah said...

Bijaknye die.kecik2 dh pndai pilih warna...

nita said...

wah sofea dah besar, dah makin bijak.. ^_^