20 August 2013

Mahalnya parking di KL Sentral

Sape pernah parking kat KL Sentral mesti tahu rate parking kat sini berapa. Sejam RM4.00 ko. Mahai la bagi aku. 2 jam RM8.00. Kalau ko parking 1 jam lebih seminit pun dia charge RM8.00 jugak. Seharian park depa charge RM40.00. Mencekik darahla bagi golongan macam kami kami ni.

Kami kami ni orang yang datang dari kampungan. Jauh dari pantai timur. Datang menghanto mak pak mertua, pak menakan yang tak reti nak naik bus. Takut... Naik keretapi very the safety. Boleh jenjalan dari satu gerabak ke satu gerabak. Naik bus boleh duduk jee. Kencing berak pun payah. Kata mak mertua aku la. Kalau aku, aku lagi suka naik bus. Cepat sampai. Naik boleh sampai 8 jam mahu 14/15 jam baru sampai.

Lantak dioranglah kan. Aku lagi suka diorang nak  naik keretapi. Walaupun jauh sikit nak hantar dari rumah. Tapi jimat banyak tang tiket tu. Warga tua oku boleh separuh rega. Pastu diorang suka pulak tiket kelas ke-3. Clas paling low. Lagi berjimat-jimat duit aku. kui kui kui..

Tapi itula kan tang parkingnya tu mahai sangat. Nak pi KL Sentral kena gerak awal dari rumah. Takut kalau lewat jalan jem. Bila sampai awal mestilah lagi mahal kena bayar parkingnya. Nak park kat tepi-tepi jalan kena clamp pulak nanti.

Aku rasa tak berbaloi nak hantar orang naik ketapi, tunggu sikit punya lama kat stesen tu, boleh peluk cium, lambai lambai tangan kat lobi je pun. Bukan leh tengok sampai ke gerabak ketapi. Dah nak balik kena bayar RM 12.00. Terketar-ketar tangan ko nak keluarkan duit pas pas raya ni ken....


 
Copyright by Aziazidah