Misi mencari taska/tadika

Baru-baru ni gebang dengan mr. mama, mr. mama kata dia nak cari orang jaga hakeem dan sofea. Finally kan setelah lebih 4 bulan mr. mama bergelar surarumah tangga terkeluar jugak ayat tu. Tak larat nak jaga dah ke?

Kata mr. mama cost sekarang tinggi. Nak harap keje hujung minggu memang parok. Aku tak terkejut. Tak kisah pun hakeem dan sofea nak tinggal kat taska. Walaupun pang pung pang cakap kat tibi riso takut anak diapa-apakan. (",). Sebenarnya alasan utama aku tak hantar diorang ke taska sebab tak jumpa cari taska yang berkenan dihati. Pastu hakeem tak nak dengan orang.

Buat permulaan aku suggest kat mr. mama, biarlah anak-anak dibawah jagaan dia. Kalau incase dia kena outstation atau ada job tak pe, terima je. Biarlah anak-anak tu aku angkut gi opis. Tinggal sementa kat taska opis ni hah. Bagi hakeem biasakan diri dengan orang luar dulu. Pastu baru boleh hantar sebulan.

Kalau sofea aku tak risau. Campak memana pun dia boleh hidup. Memang dia suka berkawan. Masa balik raya hari tu kitaorang keluar beraya dia hapah tak kisah nak mengikut. Mr. mama je yang sedih-sedih kata orang lain beraya sefamily tapi kita raya tak cukup korem. Hishh sura rumah tangga ni emosional mengalahkan suri rumah tangga pulak. Terpaksa pujuk kata anak kita tu dah besar dah reti nak berkawan, dah reti berdikari.

Balik pasal taska tu sebenarnya aku dilema nak pilih taska area puchong ke putrajaya. Kalau aku pilih putrajaya, maknanya sah-sah sekolah rendah nanti pun akan diputrajaya. Kang time aku tak keje atau kena kursus satu hal pulak nak antar bebudak tu. Mr. mama bukan tahu sangat putrajaya. Kalau hantar kat puchong pulak, then sekolah rendah kat puchong kesian nanti sofea kena uruskan diri sendiri. Mesti kena pit stop kat day care antara sekolah kebangsaan ngan sekolah agama. Transport lagi. Kalau boleh sekali pun sofea uruskan diri sendiri buatnya dia pandai ngelat ponteng sekolah aku hapah tak tahu. Selisih malaikat empat puluh empat janganlah jadi kan. Kata-kata ibu doa. Ini cuma andaian-andaian aku. Kena fikir jangka masa panjang.

Mr. mama pulak suggest kitaorang duduk kuarters. Tapi aku fikir rumah sekarang ni macam mana pulak. Tiap bulan nak kena bayar. Nak sewakan kat orang tak boleh. Nanti duduk kuarters nak kena bayar kuarters jugak plus rumah sekarang ni. Tak boleh tak boleh costy costy

Pehtu aku terfikir nak cari bibik. Kalau boleh nak orang tua yang tak ada sesiapa then yang baik hati, sayangkan budak budak. Boleh tinggal ngan kitaorang. Kalau boleh sabar macam mak mertua aku tu. Tak nak orang indon. Tak nak muda belia. Choiii banyak songeh.. Sampai bila pun tak kan jumpa. Puas dah aku ngajak mak mertua aku tinggal sama tapi dia tak nak. Tahu kot, duduk dengan aku penat. Mana kena jaga anak aku, ntah ntah kena masak, kena basuh kain semua.. hahaha... Jangan tak tahu aku bila balik kampung memang tak pernah masak. Basuh kain pun kengkadang mak mertua yang basuhkan.. (",)

So minggu ni misi survey taska@tadika kat puchong dulu. Kendian baru cari kat putrajaya. Pasal sekolah rendah nanti-nantila fikir. Ada masa setengah tahun lagi sebelum kena daftar.



4 comments:

QasehnyaRania said...

good luck dear
selamat hari raya :)

nita said...

erm..semoga berjaya Azi.

selamat hari raya, maaf zahir dan batin (^_^)

Mimi Azirah said...

Semoga misi berjaya ye

Eca Dwinky Asha said...

akak,gaji akak bawah rm2500 x?..ce try apply taska PERMATA kat putrajaya ada 2 taska rasanya..sana free, tapi klu mcm akak nak hntr sofea & hakeem, maybe dorg just terima 1 je...sofea umur 4thn ke?..klu 4thn, dorg masi terima..just klu lebih 4thn xterima da..and ITS FREE!..akak try dlu k...mmg strict juga pengambilan taska tu.

kos taska makin meningkat skrg ne....payah nak cri tau kak, tapi at least, bila kat putrajaya dkt akak keja, nak jenguk dorg pun oke je waktu rehat kan?

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY