21 August 2013

Rutin pagi-pagi

Semua gambar sekarang main combine2 senang. Malas nak edit satu satu. 

Gambar ni fresh lagi dalam hp aku. Pagi tadi punya kejadian. Dah tiga hari ni direct hakeem bangun awal pagi. Kul 5 aku bangun kul 5.15 dah mula dengar suara dia menangis. Pastu sibuk cari aku kat dalam bilik air atau dapur. Memang dua tempat tu je yang aku duduk pepagi buta setiap hari. 

Naik tension aihh aku nak sahur masak pepagi. Ok dah dua hari aku posa ganti. Rajin pulak tahun ni ganti awal. Motif sangat. Padahal duit dah surut.. kihkihkih. Hari ni sofea pulak mengikut bangun awai. Lagi bertambah tension aku. Rutin pepagi iolls udahlah bz. Masa cecukup je untuk basuh pinggan, masak, mandi, sidai baju dan gosok baju. Buatnya depa ni bangun awal memang lari timing. 

Kena layan belai dulu baru dapat keluar pi keje. Itu pun kengkadang dah layan pun masih boleh dengar tangisan dari depan pintu pagar rumah. Cara paling cepat nak hentikan tangisan hakeem kena sogok dengan makanan. Hari ni aku masak nasi gorang. Dapatla sogok nasi goreng. Kalau tak bagi dulu nata de coco yang ada dalam fridge tu. Memang favrite dia. Sofea pulak kita kena bagi kata-kata manis dan nista. Nanti petang mama balik bawak pi giant kita main dalam taman tu yea. mama pegi keje kejap je, cari duit. Pastu nanti kita beli cd boboiboy ngan upin ipin ngan kakak (barbie). Guna duit raya pia ye... Bila balik keja aku pun berpura-pura lupa pasal pi giant. (",). Kesian depa...

1 Comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi,klu anak2 bangun awal..tu yg trbantut nk buat kerja...layan depa dulu.