Sofea mencari kawan

Jumat lepas aku bawak sofea & hakeem kat opis. Kemainlah suka dua beradik ni. Dekat dengan mama satu, dapat tengok you tube satu. Kira datang opis aku tak bosanlah diorang. Ramai kengkawan yang melayan dan dapat tengok citer upin ipin tanpa putus-putus. Kalau kat rumah asyik sekat je. 4gb laju mana nak tengok video upin ipin, boboi boy, barbie.. But citer pasal kat opis ni kendian aku story. Ni pasal citer sofea nak berkawan dulu.

Alkisah jiran belakang rumah aku ni ada anak pempuan lebih kurang  dalam umur 7 tahun kot plus minus. Rumah aku dengan budak ni dipisahkan dengan longkang.  Rumah kitaorang ni diibaratkan bontot mengadap bontot.  Pintu belakang rumah aku mengadap pintu belakang rumah dia ler maksudnya. Buruk benar ayat perumpamaan bontot tu kannn. Pintu kami berdua jarang dibuka. Aku memang tak ngam dengan jiran sebelah ni. Sejak dari arwah mak ayah aku ada lagi memang kita tak bertegur sapa. Ada sejarah!.

So bila jiran ni buka pintu, sofea mesti pergi belakang rumah. Siap jerit panggil kawan kawan lagi kalau budak pempuan tu xde kat luar. Memula dulu diorang menyembang dari jauh. Dari laman belakang rumah memasing je. Lama-lama dekat tepi longkang. Dan sekarang ahad lepas sofea dah berani langkah longkang.


Kalau nak tahu sofea je yang melangkah longkang pergi ke budak tu. Budak tu xdenyer nak ke rumah aku. Tapi bila sofea pergi dia layanla.. Mak budak tu pun senyap. Tak marah pun anak dia main dengan sofea. Cuma aku je yang kengkadang bising jugak. Takut kan jatuh dalam longkang tu.
Diorang main main rumput tu je pun. Buang-buang rumput dalam longkang. Iyelah itu je yang boleh diorang nak main. Sebab bila aku nampak sofea dah kedepan ke belakang kawasan rumah jiran aku tu memang aku jerit suruh balik. Pernah sofea dah nak masuk dalam rumah jiran aku tu. Riso ko…


Kalau korang bagi ke anak korang main dengan jiran yang korang tak bertegur. Fyi, pasal kes kecurian yang terjadi kat rumah aku sebelum ni, barang yang hilang tu aku ada terjumpa kat rumah jiran sebelah ni. Dan sebelum ni arwah mak aku memang kawan dengan jiran sebelah ni. Rajin jugak menyembang dengan jiran sebelah ni. Sehingga berlaku kejadian yang tak diingin. Aku pun kurang pasti apakah kejadian itu.

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY