10 September 2013

Misi mencari taska gagal

Kenapa gagal…. Marilah aku citer satu persatu walaupun aku tak pasti adakah ada yang mampu membacanya hingga tamat. Hahaha.. pedulik..

Ceritanya dua minggu lepas aku dah start cari taska kat area rumah aku tu ha.. Aku pusing putra height hari sabtu tu untuk cari no telefon and call. Call call tanya jer. Mana yang cakap macam tak best aku reject. Yang mana best tu baru aku akan akan follow up taska diorang. Hee..
Antara yang taska yang best masa bercakap adalah taska@tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Aku suka selain sebab penyelia dia yang peramah, aku fikir senang nanti sofea 5 tahun boleh belajar kat situ. Bolehlah  belajar agama lebih.
Then last week misi menyecheck setiap taska yang berkenan dengan mr. mama. Terlangsung  isnin lepas aku cuti aku ingat nak terus hantar hakeem dan sofea kat taska for testing. Tapi sebelum tinggalkan diorang kat situ, aku kena check dulu ok ke tak. Masuk-masuk nampak bahagian bawah bebudak tengah belajar.
Aku mintak naik atas nak tengok taska. Atas ada tiga bilik. Satu bilik untuk pengasuh, ada tilam, satu bilik kosong dan satu bilik untuk budak-budak. Bilik bebudak tak nampak ada tilam pulak. Mungkin diorang simpan kot. Time aku sampai dalam pukul  11pagi. Bebudak tengah huru hara main. Ada yang tengah bertumbuk. Pengasuh tak ada sorang pun kat atas walaupun katanya ada empat orang pengasuh. Dalam hati dari awal masuk taska hati aku dah tak berkenan. Compare dengan tadika yang pernah aku pergi  jauh benar bezanya. So terpaksa rejectla pasti ni.
Kemudian pergi satu lagi taska. Sebab berkenan dengan  taska ni coz taska berdepan dengan satu sekolah tadika. Kalau kita decide nak hantar ke tadika depan tu diorang boleh amik dan jemput. Bayaran RM10 sebulan untuk jemput hantar. Tadika depan tu pulak guna Cambridge system. Suka dah kat situ. Tapi yang tak berkenannya sorang je pengasuh. Bila tanya sorang je ke pengasuh, dia jawab dua termasuk anak dia. Aku suspect anak dia tu adalah dalam darjah 6 kot .Tertanya-tanya dalam hati tTak sekolah ker budak ni? Jawabnya terpaksa hold dulu nak menghantar kat sini sebab 50-50.
Then esoknya (selasa lepas) aku try hantar anak-anak kat taska opis pulak. Kali ni de survey-survey. Terus angkut hakeem sofea tinggal sehari kat situ coz dekat dengan aku kan. Kalau apa-apa boleh jengok. Masa tengahari aku datang jengok diorang tengah tido. Ternampak ler pengasuh pakaikan pampers kat sofea dan sofea masih pakai baju tidur. Bila tanya kenapa sofea pakai pampers dan baju tidur jawabnya baju tak ada, pampers dibagi tu yang pakaikan. Aduhai , nak kata apa ni. Mungkin misscomunication kot…  Aku bawak beg dua. Satu tuk hakeem satu tuk sofea. Maybe dia tak bukak beg sofea tu yang tak jumpa baju. Then kat situ guna aircond baju yang aku bawak semua pendek-pendek belaka tu yang dipakaikan baju tidur sebab seluar tidur tu seluar panjang kot…
Masa amik hakeem sofea, aku tengok mata hakeem kemain sembab sebab menangis. Sian, tak pernah berpisah sekali kena tinggal seharian…. Kalau uolls nak tahu juga masa aku amik diorang dari taska aku terjatuh depan pintu taska tau. Malu malu… nervous katakana hari pertama amik anak kat taska.. hehheh.. ni belum hantar anak ke sekolah rendah lagi ni. (“,)
Esoknya lagi, aku exam 2 hari so xhantarla anak-anak kat taska. Hari jumaat tu pulak mr. mama willing nak jaga anak-anak. Owner taska@my bos sampai tercari-cari aku sebab risau siapa nak jaga anak aku. Iyelah aku duk bising kat opis tu tak ada orang nak jaga anak pas mr. mama decide nak keje balik.
But bila fikirkan susahnya nak cari taska yang berkenan dihati, mr. mama willing nak jaga anak semula. Tu yang kitaorang fikir nak bukak kedai bundle. Bekerja sambil jaga anak..
Susahkan nak cari taska untuk anak-anak. Uolls pernah dilema tak pasal taska ni. Aku bila kenangkan baru aku tahu rupanya aku ni cerewet jugak orangnya…

No comments: