09 October 2013

#Bundle Collection : Purse

Dah ada yang mula bertanya bertanya pasal beg jeans mereka. Maaf maaf sekarang nak pegang mesin jahit kemain malas. Aku sibuk mencari barang bundle mr. mama yang bomb bomb. Banyak santek santek kalau pandai cari. Tu yang masa seakan mencemburui. hihihi.. Masa nak amik order hari tu kemain berkata manis. Dasar!

 Brand : Ruby & Kit

Aku suka sangat design belakang purse nih. Unik. Purse ni kalau nak tahu dah kena lenyek skit ngan lori bundle tapi still gagah. Berebut aku purse ni dengan mr. mama. Tak tahulah aku mr. mama taste dia pelik-pelik. Purse pempuan jugak yang dia minat. Katanya senang nak letak memacam. Tak macam wallet lelaki. Limited space. But at the end memang mr. mama akan mengalahnyer kalau bini dia nak.

Motif sangat nak tunjuk duit tu... eh i dah tak keje kat tempat tapis tapis filem tu lagi.

Aku memang dah lama angat tak pakai purse panjang-panjang macam ni. Selama beberapa tahun ni aku pakai business card MPSJ yang kakak aku kasi. Jenis leather... Memang sedap walau pun nak letak duit kena lipat-lipat. Orang kaya memang selalu tak ada proper wallet kan.. Kuikuikui...


*kalau aku nak jual dress pengantin ada ke butik pengantin yang nak beli ke idok?



1 comment:

farahajar said...

cantik walletnya kak... suka

 
Copyright by Aziazidah