02 October 2013

Cerita campur campur

Bukan sayur  je boleh campur-campur. Cerita pun boleh tau.. Minggu lepas musim demam sedunia. Satu family kami demam kecuali mr. mama. Empat hari tak boleh bangun. Berjangkit-jangkit dengan anak pulak. Sudahnya jumaat, isnin & selasa MC. Itu yang blog tak berupdate :). Pestime jugak dapur rumah tak berasap. Aku tak boleh sehari tak masak. Penat macam mana pun wajib masak. Kadang-kadang yang dimasaknya ikan@ayam goreng jer. Tapi demi nak membuncitkan perut suami penat pun aku masak juga dalam bebel bebel. hahaha...

Walau pun mr. mama tak demam tapi dia nak sakit jugak. Sabtu tu mr. mama jatuh moto sebab terlalu risaukan his family. Sweet je bunyi kan... Padahal otak dia duk fikir kata-kata bini dia.

"Pa kenapa mama tetiba sakit ni. Jarang kan mama sakit, Ni mesti sebab banyak dosa dengan papa ye". "Mama mintak maaf ye semua salah mama, kalau mama tak de nanti jaga anak baik baik ye". 

hahahah bini propa lebih. Padan muka buat apa marah kitaorang demam. Kendian kata bukan marah tapi risau.

"Kenapa family papa jadi macam ni. kenapa...Semuanya demam". "Itu ujian tuhan sayang" (._.).

Dengan kata lebih sedap tuhan nak bagi mama berehat, kalau tidak asyik kena buat kerja kat opis kat rumah tak henti-henti. Tapi aku lebih rela wat keje dari sakitla... Seksa weeiii



___________________________________________________________________________

Yang ni kisah sebelum demam. Kisah makan pulak. Sempat pi jenjalan then singgah makan kat foodcourt alamanda. Orang baru dapat gaji mengidap nak makan laksa. Sebelum makan dah tanya dulu kat opismate diana laksa tu ikan parang ke laksa penang. Bukan tak tahu kalau makan kat foodcourt rasa dia tak sama yang laksa RM 3.00 - 3.50 tu. Murah tapi sedapppppp dap dap..

Diana pulak kata ikan parang tu macam mana. Mana aku nak cari ikan parang tunjukkan. Nak tunjuk parang bolele... Sekali beli laksa ada nenas kuah ikan sardin. Laksa nyonya kan namanya tu. Tak kena dengan tekak. Tapi habis jugak sebab lapo...ekekek..


Petangnya aku nak masak fanfries untuk tujuan membuncitkan lagi perut suami. Sekali boleh pulak yang aku beli tu ubi kayu segera rupanya. Aduhai dasar jarang makan fast food  la ni.


____________________________________________________________________________

Gambar-gambar ni mr. mama yang tangkap. Banyak lagi dalam phone tu. Tapi sensor tak boleh nak dedah lebih-lebih. Sekitar kerja dia berbundle tuh. Memula dulu aku rajinlah menolong sekarang dah slow. Sejak demam hari tu terus stop. Biarlah dia buat ngan his pekerja-pekerja. Sebabkan bundle nih order-order yang ada semua pending. Ampunnn bebanyak pada yang mengorder tu. Minggu ni aku akan start balik. Bilik jahit tu pun nak kena kemas jugak. Dah macam sarang tikus dah.


Setiap hari memang ada je orang datang beli. Yang datang mencuri pun nak ada. Indon ler banyaknyer. Dia lipat cantik-cantik toto, langsir pastu selit benda kekecik dalam lipatan tuh. Mr. mama tunggu masa nak bagi korang kencing dalam suar. Nak gertak panggil polis. Tunggu arrrr...
 

1 Comment:

Momma AA said...

AsSalam azi,

sedapnyer laksa.. dah lama momma x mkn laksa yg sedap..
yg ada jual kat ofis ni sume x sedap... hanyirrrr.. buekkk..
tgk laksa azi cam sedap jer... kena cari gak ni..
mengidammm... slurpppp...
hehee