31 October 2013

Perakaunan Akruan

Kamis jumaat lepas aku gi kursus kat Nouvelle Hotel. Dulu hotel ni di panggil Mint Hotel. Betul-betul tepi jalan highway seremban sungai besi. Dapat tahu kena pergi kursus ni hari rabu. Last minit nak balik baru dapat surat. Tak sempat nak fikir nak guna pemandu. Aku dahla jenis yang tak reti jalan. Nak drive jauh-jauh pun masih xde keyakinan kalau sensorang. So malam rabu tu ajak mr. mama teman cari jalan. Janji nak teman sampai kul 12 tak siap-siap keje. Pehtu bila aku mengamuk terus cakap "takpe ma, papa pun memang sebenarnya tak bagi ma bawak keta esok. Biar pa anta je. Kete banyak area Kl tu". Ayat selamat tak nak kena marah ler tu. Ok aku pun suka kalau dihantar dijemput.

Esoknya kuar rumah kul 7, hantar sofea kat taska dulu. Sofea buat drama hampir 20 minit. Then bila sampai jalan area bukit jalil jalan jem giler. Dah ler sesat pulak tu. Patut keluar bukit jalil masuk highway seremban. Mr. mama terus menonong ke area KL. Pastu salahkan aku kata hotel kat highway sungai besi. Ermmm..

Sampai hotel dah dekat kul 9. Nasib belum start. Esok nya aku kuar awal drive sendiri lagi bagus. Bukan pe kursus abis awal. Mr. mama sampai sejam pehtu. Orang kata kursus abis kul 4.30. Kul 4.30lah baru dia kuar rumah. Jem lagi balik tu. Jalan kat malaysia ni mana de yang tak jem. Tensi tensi..



Tahu tak tahun 2015 kerajaan akan ubah sistem perakauan sekarang daripada tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan. Dan tau tak apa itu perakaunan akruan? Tak tahu? Tak pe aku terangkan. (-.^). Perakauan akruan ni sama macam perakaunan kat swasta. Yang asset - liabiliti = ekuiti... Pasni bolehlah kita tengok dalam penyata kewangan kerajaan berapa asset yang kerajaan ada. Berapa banyak kerajaan hutang..

Kalau banyak asset bolehlah kita dapat bonus banyak. Pasni confirm omar osman akan gunakan isu penyata kewangan untuk kakitangan kerajaan dapat bonus paling tidak 3 bulan. Tapi kalau hutang yang banyak bersiap sedialah korang mana tahu silap-silap kena potong gaji.  So untuk mengelakkan kita dipotong gaji dan bagi mendapatkan bonus tahunan berbulan bulan, jabatan/kementerian kerajaan boleh mula-mulakan mengorek semua asset yang korang ada mulai sekarang. Showkan ke dunia dan PM yo. Bangunan yang nak menyembah bumi pun kalau masih boleh bermanfaat nilaikan segera. Jangan malas, aim dalam hati bonus bonus bonus bonus... tak nak ker?

So jumaat tu kena bayar parking lima ringgit per entry per day. Reasonable...

Yang aku paling suka bab pi kursus ni time makan. Aku rasa semua orang pun suka bab makan ni kan. Jimat belanja aku tuk dua hari. Boleh claim perjalanan lagi. Suka...

Menu lunch Day 1.
Tepi sekali tu Ikan tenggiri masak asam pedas. tengah Sotong kembang sambal. Belakang sekali ayam masak kicap. Sedap bagi aku. Yang paling aku suka sotong kembang tu. Sebab aku memang tak kan beli sotong kembang ni. Mr. mama tak makan. Rugi masak aku sorang je yang makan. Anak-anak sure tak leh makan kalau sambal..

 Menu lunch Day 2.
 Lauk ikan bawal sambal. Daging kari. Ni untuk padankan dengan nasi beriani yang aku amik seciput tu. Then telur dan sayur. Tak kena pulak dengan tekak aku. Chef lain kot ari ni. Day 2 makanan kureng sedap. Tapi ku balon jugak. Licin...


 Desert dia tak banyak. Yang aku amik ni jelah. Buah tembikai tu ada tembikai merah, susu & kuning. Aku amik yang kuning. Macam budget je hotel ni.

Puding roti ni sedap ya amat. Aku sampai bertambah. Siap google resepi lagi... Nak buat tak ada oven. So lupakan....

Breakfast Day 2. 
Eh gambar breakfast pulak akhir. muahaha.. Day 1 aku lupa nak snap sebab lapo ya amat. Hari kedua pun lapo. Tapi masih sempat snap lagila... Day 1 makan bihun goreng & roti marjerin. Sedap.. Tapia da yang kata tak sedap. Acaner? Tekak memasing.

Day 2 mee keras. Kuih sedap tapi potong kecik amat. Aku balon 5 ketui terus... bhahaha.. Minum petang aku tak snap sebab tak makan. Apa kes pepetang makan nasi goreng. Hari kedua tu aku balik awal tak tahu menu pe..

Tandas luas yang tak bermotif. Semua tandas kat novelle hotel ni jenis duduk. Ku tak suka... Dah tak tahan boleh saje qada' hajat. :)

My sweater pink gitew.. Brand Adidas from my bundle collection laaaa.... ada minat nak beli?

Tangkap pic sendiri kat toilet adalah keseronokan. Tak de member nak tolong snapkan pic. Sebab yang hadir semua tak kenal. Segan... Masa aku tangkap gambar makanan tu pun ada yang tegur nak masukkan dalam fb ke. Tak ler aku nak masukkan dalam blog jah.

Itu sahajalah. Seronok jugak pi kursus takyah masuk opis. Aku harap-harap kerajaan dapat laksanakan sistem perakaunan akruan ni. Memanglah kita meleceh skit sekarang tapi selalunya setiap perubahan pasti untuk kebaikan. Insyaallah. Macam sistem espkb & eperolehan yang orang benci dulu tu.. Kan sekarang mudah. Kalau tak sekarang typis mungkin tak diupgrade ke gred 17. Dukla menaip baucar tu kan...




3 Comment:

JunAina said...

Sekarang ni kat hotel tu nampak cam meriah sikit dulu2 macam hisup segan mati tak mahu lepas ambik alih dulu.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Azi..best gak yer g kursus ni :)

Anonymous said...

I love your blog.. very nice colors & theme. Did you create this website yourself
or did you hire someone to do it for you? Plz reply as I'm looking to create my own blog and would like to
know where u got this from. thank you

Also visit my blog - tour malaysia packages