18 November 2013

Ada hikmah disebaliknya

Last friday pergi amik deposit dekat tadika yang tak jadi tu. Jumpa dua orang teacher india kat situ. Diorang tengah turunkan rail langsir dan kemas-kemas semua buku. So memang betullah tadika tu nak tutup. First impression masa teacher shanti call tu, aku ingat sebab aku bayau deposit lima puluh je. Pastu bulan sebelas dan dua belas diorang mintak bayar half half. Tapi aku tak bayar. Ingat nak bayar bulan 12 terus. Kotla sebab tu dia nak reject anak aku. Tapi bila datang tengok diorang dah kemas-kemas memang betulla tadika tu nak tutup. Sebabnya owner rumah tu dah jual rumah tu. Tak faham aku. Dah ada penyewa yang sewa tiap-tiap bulan, nape still nak jual jugak. Market kat putra height tu tinggi pe. Lebih-lebih lagi corner lot.



Sebelum balik teacher tu bagi buku buku persediaan untuk memasuki tadika. Banyak jugak dalam 5/6 buku kot. Tak kira. hehehe... Rezeki sofea. Suka dia baca buku buku tu...

Dan aku dah amik jugak susu, bedak, shampoo/bodywash sofea kat taska. Buat pe hantar lagi kalau memang next year kena cari taska lain jugak kan. Ada hikmah kot. Mungkin tuhan nak aku hantar anak aku kat sekolah agama dulu kot ye....


2 Comment:

Mimi Azirah said...

alhamdulillah rezeki sofea dpt buku kan

nyanyisunyi said...

Ada hikmahnya tu..eluk juga hantar sekolah Agama atau sekolah cikgunya org kita..