14 November 2013

Dugaan lagi

Aku ingat kepala aku dah boleh berehat fikir pasal tadika sofea. Tapi tidak. Rupanya tuhan masih nak menguji. Ingat entry tadika pilihan aku. Berkubur harapan nampaknya nak hantar sofea kat situ. Baru jap jap tadi owner tadika call kata tahun depan diorang tak jadi bukak sekolah kat situ. Diorang nak tukar kat kg melayu subang. Pulak dah. Boleh gitu. Pengsan. Tak larat dah aku nak mulakan semula pencarian tadika yang bercirikan idaman hati. Betul betul stress nih!

Sebab aku tak jadi hantar sofea kat tadika tu secara automatiknya taska JKM yang aku suka tu pun terpaksa aku rejectkan. Padan aku mcm malas je nak hantar sofea dalam seminggu ni. Minggu ni 4 hari straight memang aku tak hantar sofea ke taska. Petanda rupanya... Petang ni nak amik botol susu ngan susu pia yang tertinggal kat taska tu. Pehtu nak tanya bolehkah dipulangkan balik duit yuran bulan November mak incik. Berdoalah.. Bulan nov hantar satu hari je..

Dengan keje baru yang tak settle settle ditambah dengan masalah taska/tadika, buat aku rasa nak cuti tanpa gaji balik

mama stress pikir pasal tadika kakak tau!

No comments:

 
Copyright by Aziazidah