Wedding customer yang mr. mama beria nak attend

Aku paling benci nak pergi kenduri kawin. Dulu ada arwah mak bolehlah tak nak pergi. Now dah jadi mak mak nak tak nak kena jugak sekali sekala mencemar duli. Kang nanti anak ko kawin tak de sape nak datang. Ada aku kisah? Puluhan tahun lagi tu... Ntah duduk lagi ke tak kat rumah sekarang.

Tapi mr. mama lagi tak boleh harap. Sepanjang kawin, aku rasa wedding yang kitaorang attend berdua hanya wedding kengkawan sahaja. Itu pun kengkawan dia okey. Kengkawan aku memang non ada. Sebabnya kengkawan rapat aku semua dah kawin sebelum aku lagi. Kira aku ni golongan kawin lambat. #sedih. 

Kalau wedding kat kawasan kejiranan aku memang haremmm. "Mama jelah pergi ngan k.jiah. Kalau anak tido takpe, pa jaga, jap je kan". Kalau diorang jaga sah sah aku kena angkut. Oh tidakkkkk... Mak stress bawah anak-anak ke kenduri. Satu diorang makan astagfirullah hala'zim aku nak memberus baju. Urut dada. Kalau dapat makan la... Kalau tak makan nasi beriani kosong. Kesian. Better tak yah pergi. Ayat orang malas...

Ahad lepas dunia nak terbalik kot. Dapat jemputan kawin dari one of mr. mama customer. Tanya mr. mama nak pergi ke? Cepat je jawab nakkkkk. Bila tanya kenapa beria nak pergi. Business kena jaga ma... Okey nak pergi pukul berapa. Kat sini tak macam kampung. Malam ko nak pergi pun tak pe. Biasa aku kalau gi kenduri ni pukul 12 dah siap. Ini kul 12.00 masih lepak-lepak. Pukul 1 masih duduk menyembang lagi dengan kawan sampai kul 2.30 aku dah nak lelap lelap mata baru kata jom sekarang kita berangkat. Ello senangnye lelaki. Tahu bawak diri je. Perempuan mana nak gosok baju, tudung, mandikan anak, make up.. Make up ke? Tak de isyarat apa terus nak gerak. Ingat dah tak nak pergi. Sabar je mak incik.

Sudahnya pakai baju modernmum nih. Mihmihmih. Tanda-tanda nak mengandung lagi ker ni. Kang pregnant ada yang stress. Tak pe kalau terkeluar lagi sorang aku belum terfikir nak ctg. Berdoalah.  So tak yah risau pasal kena tanggung keje ke apa. Silap silap time beranak nanti aku dah tukar tempat keje. (^.^). Berharap.


Us.

Bertiga. Susah nak berempatkan. Kamera hp. Kalau lima nanti macam mana gamaknya. Macam best je. Macam best je *baca dengan nada nyanyi lagu macam cantik je versi islamik* Macam comel je macam cantik je*. i suka lagu tu. #tetiba.

Okey dah sampai tempat kenduri. Tak sampai lima minit kalau nak kete. Tapi kalau jalan kaki berpeluhhlaa.
Budak ni kemain happy dapat pegi kenduri. Dapat pulak makan ayam golek. "Mama meh pia suapkan mama". Dah suap "ermm.. sambil angguk kepala". Solehah nya kamu. Sejebik ikut gaya aku berjaya suapkan anak-anak. Papa lepas ni kena adakan lebih banyak aktiviti outdoor tau..

Budak ni lost dalam dunia sendiri. Baru bangun tido. Makan pun tak nak. Bila orang nak amik ayam dia menangis. Touching sesaja .... Kakak nak kencing pun nak masuk jamban sekali.

Begitulah wedding yang penting kata mr. mama. Tak kenal pun sangat. Datang, salam tuan rumah, kencing. Sempat lagi meninggalkan jejak kennn. Makan menu ayam golek, air dalam sejarah wedding yang aku attend ada tiga jenis air. Air tebu, air asam boi & air asam tak boi (asam warna putih). Apatah nama air ni. Salam balik sambil hulur duit... :)


1 comment:

IntaNBerliaN said...

wah, air tebu yg sedap tu

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY