Longggg Short

Sejujurnya aku rindu nak hantar sofea kat taska JKM tu. Banyak perubahan hantar sofea kat sana. Macam malam tadi aku sibuk main tab tetiba dengar sofea cakap long... short.... Siap bukak tangan luas luas masa sebut long tu. time short katup tangan. Terkagum sekejap mak. Mana taknya dah lama dah tak hantar. Almost dua minggu. Baru ni dia aplikasikan apa yang dia belajar.

Bila aku tanya sofea belajar kat mana ni. Kat sekolah yang mama hantar tu la kata sofea. Aku ingat kot kot mr. mamala mengajar.  Manalah tahu. Mr. mama tu bukan betul. Kalau datang angin rajin dia, bolehlah tengok dia mengajar, bersihkan rumah, mop, masak bagai. Tiba datang malas, dialah tukang sepah nombor satu. Selalu memang malas je yang datang. kohkohkoh.. Rajinnya sekali sebulan pun payah.

Bila tanya sofea tak rindu ke kat sekolah. Kat ella ngan iwan ngan iman. Selamba je jawab takkkkk... Pia kan rindukan mama je. Mama janganla pergi keje. Mama ni asyik keje je.. Adeh.. Kalau tak keje camna nak ada duit nak oi...


2 comments:

Rosmadi Shakri said...

kerja kuat,,, kumpul duit,,, pastu enjoy,,, :)

Momma AA said...

pandainya pia.. good job..
nmpk mindanya sedang berkembang..
hehe

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY