01 November 2013

Sofea dah reti sabun

Dah masuk bulan november dah.. Pastu disember.. birthday aku *tetiba* Tahun depan sofea akan ke tadika. Tadika mana, nanti aku cerita. Belum abis bayar yuran. Baru bayar duit booking. Takut cerita-cerita tak menjadi pulak. Hari ni genap 7 hari sofea di taska tuttt.. Nanti aku sharing taska mana. Macam ada yang nak tahu...

Kat taska ni mandi dua kali sehari . Semua taska pun biasa mandi dua kali. Pagi petang. Sama macam taska sofea kecik dulu. Cuma taska sementara hari tu je mandi sekali sehari. Tukar baju dua kali sehari. I tak suka.... Kalau tak mandi better takyah tukar baju. Buat rugi sabun basuh.

Biasa taska akan mandikan budak-budak dekat-dekat mak dia nak datang amik. Macam aku amik kul 5 diorang mandikan dalam kul empat lebih. Kalau dulu, aku suruh taska lama mandikan sofea around tiga lebih. Rugi mandi kul empat pastu kul enam dah nak mandi semula. Taska lama dulu lagi bagus kalau mak datang dihujung-hujung waktu misal 6.30 ptg, diorang akan mandikan sekali lagi. So mandi tiga kali sehari. Senang keje mak mak. Korang cuma sediakan baju saja. Tapi itu dulula... Sekarang aku tak tahu apa citer taska tu. Taska tu pun not my taste now..

Sekarang aku tak kisah. Mandi lagi lambat lagi bagus. Sebab petang kengkadang aku dah tak mandikan sofea. Sofea malas mandi. Kena marah baru nak mandi. Mungkin sekarang musim hujan sejuk kot. Tak sejuk pun memang lately malas na dua beradik tu nak mandi.

Dua hari lepas aku paksa jugak sofea mandi petang. Semalam petang sofea tak mandi *pecah tembelang*. Bukan pe aku tengok sofea mood baik. So malas nak paksa-paksa nanti hilang mood. Dahla seharian kena tinggal taska. Sian.. So diexcusekan..

Sebelum masuk taska, memang ada aku ajar sofea mandi. Sebab aku dengar kalau gi tadika then transitkan anak kat day care depa kena mandi sendiri. So kenalah ajar dari sekarang kan. Takkan dah terantuk baru nak ternadah (betul ke peribahasa). Tapi pandai setakat jirus air dengan gayung. Badan kepala tak basah semua pun. Sabun kepala pun retu bahagian tengah rambut je. Badan belakang tak reti nak sabun semua. Kaki belum sabun tetiba dah siap.. Memang mama kena mandikan semulala.. Ibu-ibu ni kalau anak tak nak tak yah. Tu yng lambat pandai.

Tapi bila duk taska ni banyak perubahan dah aku tengok. Baru tujuh hari tapi nampak dah kedewasaannya. Masa mandi kemain dia gosok-gosok tangan bagi berbuih. Rambut pun gosok gosok semua. Bahagian badan je yang tak berapa cantik sofea sabun. So nampaklah perubahan yang baik dia pergi taska... Semoga taska ni serasilah dengan sofea. Penat dah fikir pasal taska/tadika sofea ni. Sebenarnya aku kesian tengok sofea, kecik-kecik dah kena buat semua sendiri. what to do... Mama kena keje...


muka marah sebab nak susu. 
bilala pia nak berenti minum susu botol ni..


0 Comment: