06 November 2013

Yeayy dah pandai minum susu botol


Cuti lelama banyak boleh tengok perkembangan anak. Best! Tapi bila anak-anak meragam terutama hakeem. Pitam!. Cengeng asyik nak nangis saja. Budak ni tak kena dengan jiwa sikit mula nangis.  Layan nangis tak layan lagilah nangis. Kalau dah nangis memang tak reti nak stop sendiri. Kena peluk pimpin tangan naik atas katil sua tetek  baru senyap. Selalu nak kasi senyap sua tetek. Dah sumbat mulut macam mana nak nangis. hahaha... Tapi tiba datang mood tak baik, pujuk pun tak jalan. Nangis macam orang kena sebat. 

Sabo je lah anak-anak...

Kejutan cuti empat hari cuti empat hari mintak nak minum susu botol. Susu tepung ni pun satu satunya susu yang dia boleh minum. Fernleaf. Memang ko ni oldskol dik.


 Kakak tak yah cakap. Pantang tanya nak susu nak sesaja. Rela minum susu dari makan nasi.

 But lama jugaklah nak menghabiskan 3oz tu. Pagi buat petang pun tak habis. Hisap pun sekejap sekejap lepas, sekejap sekejap sedut. Tak pandai lagi.

Kakak pandai dah nak jawab bila orang tanya nama. Sape nama? Pia. Siapa nama awak? Nama saya Aizara Sofea. Nurnya tertinggal. Perkembangan duduk nursery.

 

Bangga sangatlah anak dah reti minum susu botol. Padahal orang lain hazab nak berentikan anak memasing. Baguslah. Pasni boleh ku beri adik.. hehe...



1 comment:

JunAina said...

Anak2 akak y perempuan smapai darja 4 yg kecik sampai darjah 2, memilo dalam botol.

 
Copyright by Aziazidah