02 December 2013

JPJ punya hal lagi

Aku rasa aku dah terkena badi pasukan beruniform. Setiap hari cakap aku tak suka polis/penguatkuasa/jpj tu yang ada je kes dengan orang baju uniform nih. Terbaru mr. mama kena dengan polis. Itu story lain. Nanti aku storykan. Ni story aku kena dengan jpj. Takla teruk sangat. Cuma hati wanita kan lembut. Sapa cakap laser sikit cepat je hati ni nak terguris. Muahahaha...

Jumaat dua minggu lepas aku pi jpj bangi. Nak renew roadtax lori. Apsal roadtax lori tak leh renew kat pejabat pos ha? Buat menyusahkan aku. Udah la mahal roadtax lori nih. Sebulan 130++ tambah instalment sebijik lori baru 1000++ sebulan, ko kira berapa owner lori spent tak masuk maintenance lagi tu. Itu pasal aku nak bagitau, kalau korang nak sewa lori for any purpose mahal. Faham! Ini entry meluah perasaan pada orang jpj bangi sama customer yang selalu je nak murah bila nak sewa orang.. Stress...

Kalau dikenangkan memang geram. Hilang mood sehari. Tadi tetap nak tulis jugak kat sini. Sebabnya kita sama-sama orang gomen. Bikin malu sahaja perangai pegawai penguatkuasa cum pengawai khidmat pelanggan tapi tak reti nak melayan pelanggan dengan baik. Bukan ko saja yang keje kerajaan, aku pun. Jangan nak berlagak. Aku pun pernah berurusan dengan orang awam. Bagilah muka skit sama aku. Kita sealiran. Ngan orang luar ko nak buat macam mana tak dak hal. Mungkin jugak ko tak tahu aku keje gomen sama cam ko ye dak? Tu pasal ko sesukati nak jawab lain yang aku tanya lain yang ko jawab. Aku report kang, baru tahu. Hq jpj sebelah opis aku je ni ha.

Korang tahu kan sekarang jpj baru lancar sistem baru Mysikap. So kalau lambat tu aku faham. Aku boleh sabar. Nak dapat nombor pun kena tulis nama dulu. Takpe... Sebab aku sampai pukul sepuluh setengah. Orang dah ramai. Terkujat tengok agen agen semua duduk atas lantai. Dulu masa mysikap belum lancar lima minit urusan dah siap.

Sebab hari jumaat rehat cepat. 12.15. Tu yang mulut gatal pegi tanya samaada betul ke tutup tengahari. Walaupun tahu si tukang jaga nombor tak mesra alam langsung. Dah seramai ummat manusia harapnya tak tutup la waktu rehat. Kot perempuan cover. Bila aku tanya tutup pukul berapa. Tengahari tutup ke. Kau jawab nak buat apa? Nak renew roadtax apa? Dah tulis nama belum. Banyaknya soalan kau. Ko tak jelas apa soalan aku tadi. Kalau ko tanya dengan nada baik tak pe. Ni macam nak makan orang je. Siap mata keatas kebawah menjelang aku. Bukan sekali ni tau. Selalu je aku pi jpj bangi tingkat dua tu macam tu lah perangai kau. Penguatkuasa je tak perlulah nak tunjuk garang tak bertempat. Bukan aku buat salah pun.



Sakit hati punya pasal, tak ada coklat buat hilang tension mari kita makan nasi ayam sarifah ke saripah ejaannya. Lupa... Pemilik kedai alim kata kawan aku. Pakai kopiah je terus alim. Sabau jelah... Kedai sarif/pah ni banyak cawangan kat bangi ni. Aku suka ikan bakar dia. Tempat makan favorite time bercinta ni. Baliknya nak pi alamanda beli aiskrim sebab marah tak reda lagi. Marah je nak makan... Punya ramai orang gi alamanda, nak masuk parking setengah jam pun tak lepas. Walhal gaji belum lagi, sebulan setengah lepas punya gaji. Apa ke kaya memasing ni.. Balik rumah cerita kat mr. mama dia pulak marah ke aku sebab tak  pi awal. Tu yang aku marah ke orang jpj tu. muahahha... Boleh gitu?

Gasaklah kalau ada orang jpj bangi yang baca. Tapi i is very the geram yang amat pada orang jpj yang jaga number kat tempat renew roadtax lori tuh. Susah sangat nak senyum, mulut pun macam ada cili.


3 Comment:

PUANSTOBERI said...

haha. nampaknya attitude org kerja JPJ gitu lah kot. JPJ Wangsa Maju tu pun hari tu duk tempik2 kat customer. sian customer tu terkulat2. masa tu baru 1st time derang buka hari weekend. Ku suspect staff tu tension sbb kena kerja hari Sabtu/Ahad. Rupanya.. mmg mostly perangai staff JPJ pembengis nih. Kasihaaan rakyat jelata...

AhkakGojes said...

wow..nasik ayam...sy suka nasik ayam...mesti sedap kan..

Sparkling Bubbly said...

Ye la mostly perangai jpj mmg camtu. Lebih lebih lagi perempuan. Mulutnya... Nauzubillahiminzalik. Kahkah