28 January 2014

VIDEO

Hari ni nak show video-video sofea. Lepas-lepas masuk tadika ni banyak sungguhla lagu yang meniti dibibir pia. Tiap hari volunteer nak nyanyi untuk mama dia. "mama, pia ada lagu nak nyanyi untuk mama". Erm layankan ajelah. 

Kat opis aku tak boleh nak upload video dalam keek. Baru nak feeling-feeling retis2 like eira shazira, erra fazira yang selalu letak video anak diorang. Mencik tau video keek i ada dua jer eh satu je pun dalam akaun tu.. Opis ni semua nak bersekat. Nak upload  upload dalam you tubes je. You tubes dah tak musim dah. Untuk mencari bakat okla kat situ kan. Tapi yang ni aku upload terus masa compose bila publish dia terus direct ke you tubes eh? 



 Video lagu labah-labah. Aku rasa masa sekolah dulu aku tak pernah nyanyi lagu ni. Ke aku yang tak ingat.. Biaq pi lah janji pia bahagia. Siap labah-labah naik atas tangan lagi tu. Beliji tu apa?
video



Video pia mengira. Tengah mengajar sampai twenty pulak. Bolehla dia ingat sixteen, fifthteen, eleven tunggang tebalik. Baru sebulan kan sekolah.. Balance la nyanyi dan belajar seiring gitu. Good job sofea... *suara aku terover pulak*
video




Yang ni lagu omputih mana tah. Sampai sekarang aku tak boleh nak detect lagu apakah yang pia nyanyi. Korang tau ke lagu apa ni?
video


Ok itu jelah video yang ada. Sebenarnya banyak tapi semua macam kureng menarik plus malas nak upload..


0 Comment: