06 February 2014

Diri ini dan anak

Hello hello semua... Diri ini masih wujud dan sihat lagi walaupun blog semakin dilupakan. Tahun 2014 blog macam tenggelam timbul. Seminggu sekali nak update pun payah. Aku perasan sejak malas update blog CPUV pun kurang. Nuffnang pun sama malas nak kasi CPUV baru. Ntahlah rasa macam tak tahu nak update apa. Balik-balik cerita sama. Bila ada cerita baru malas pulak nak karang walaupun tiap hari bukak je dashboard tu.

Ni nak bagitau perkembangan terkini dalam pada tak update tak update aku dah bukak satu lagi blog. Blogshop. Khas untuk bundle. hihihi... Saje test market. Ingat nak aktif balik berniaga mcm baju prelove tu. Kira ini antara azam tahun 2014. Ntah tercapai ke tak wallahua'lam. Doa-doakanlah sambil sambil support sama. :) Aku gerenti baju-baju aku jual tu murah2. Tak kan dapat harga cenggitu kat tempat lain. But yang murah-murah tu belum di update. Daku baru update sikit je tu. Aku update yang mahal-mahal dulu. hahaha...  Bukan pe tak sempat nak ukur-ukur banyak baju. Nanti dah siap ku war warkan.

Mr. mama yang suruh sebenarnya bukak blog ni. Tapi aku malas rasa macam ada ke orang nak beli. Ni tetiba keyakinan datang sebab ramai yang tanya barang-barang bundle ni. Bukan sorang dua. Yang terkini ada  orang nak beli benang kait dan jahit. Aduhai napelah baru nak cakap sekarang. Dua guni aku dah buang. Rugi rugi. Aku rasa pasaran bundle ni luas. Tapi letih sikit nak manage. So tak pelah kita cuba. Nak berjaya bukan mudah. Sudi-sudi nengok kat SINI ye.







Ok. Ni video budak pencinta lori. Siang malam pagi petang asyik dengan lori dan kenderaan2 dia yang lain. Berzikir memanjang.


 Antara koleksi hakeem. Ada tiga kali ganda lagi dalam simpanan..


CNY campur hari wilayah dapatla empat hari cutikan. Aku bantai cuti sampai lima hari. Puas dapat manja-manja dengan hakeem. Jalan-jalan ke mydin berdua. Sian kat budak ni setiap hari kena tinggal dengan mr. mama. Nampak cam tak berkembang je. Cepatlah sikit umur 4 tahun nak hantar akem sekolah biar berdikari sikit.


 

Sofea takpe dia suka ngan tadika dia. Cuma semalam balik nampak hidung lebam kulit kat hidung terkopek, berdarah. Cikgu kata jatuh. Bila tanya dia kata jatuh sebab tengok arash. Amboi.. Tengok lelaki sampai boleh jatuh ko nak. Pastu sehari dua ni asyikla minta nak air sama dengan arash. Maksudnya botol air la kot. Ku terfikir cantik sangat ke botol air arash tu.. Bila duduk tadika ni berlumba-lumba nak beli sama macam kawan punya.



1 Comment:

Amanda Suria said...

Rasanya akak nak buat bundle mcm preloved ari tu pun ok kak...SA setuju sgt2...hehehehe