18 February 2014

Hidup tak lama

Sejak dua tiga hari ni aku asyik senak perut jer. Nak kata sebab salah makan atau tak berapa makan berat dah dua kilo naik. Nak kata mengandung macam dah lama jer tak ehem ehem. hahaha... Pendek kata semua macam takla. Jadi semalam aku el layan senak perut..

Bila duduk lama-lama kat rumah banyaklah benda yang aku boleh perasan. Walau pun sebelum ni aku dah perasan tapi macam ok.. never mind.. buat dont know jer. Hingga semalam masa seronok mandi manda ngan anak-anak baru perasan yang sofea suka na cakap ayat ni lepas nyanyi lagu ni..



Asal ulat jadi kepompong
Tidur lena dalam gelongsong
Tiba masa kepompong pecah "pom"
Jadilah rama-rama nan indah

Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di kepompong bunga 
Tapi sayang hidup tak lama..

Mama.. mama pun hidup tak lama kan...


Agak-agak gitulah bunyi lagunya. Tapi yang tak leh belah ayat last tu. Kalau sekali dua tu tak pelah jugak kan. Ni setiap kali nyanyi lagu ni mesti kata aku hidup tak lama. Tak ke seram ko dengar. 

Pastu bila aku tanya apsal pia suka cakap mama hidup tak lama. Cakaplah papa ke mak ngah ke kan, ini mama jugak yang ko doakan. *k.jiah ko jangan mara aaa... aku cuak ni*. Ini dah kira doa dah ni. 

Kemudian pia jawab iyelah mama tu asyik tinggal pia kat sekolah je pastu tak amik pia pun. Pastu ustaz tendang pintu. Pastu pia makan kat sekolah. Pastu pia tido.. Eh banyak sangat pastunya. Macam jawapan tak boleh dipercayai jer. Tu betul ke ustaz tendang pintu tu. Kena siasat ni. Walau pun macam tak boleh percaya, aku tetap seremm. Kot kot betul hidup aku dah tak lama. 

So di kesempatan ini, aku nak mintak maaf banyak-banyak la pada korang kalau aku ada buat salah silap secara sengaja atau tidak ke kan. Serius takut nih!

1 Comment:

Hani Sidek said...

yg hidup tak lama tu aku... huhu... sama-samalah kite bermaafan...