12 February 2014

Membeli belah pada harga diskaun di Iprice Coupon

Sekarang kan kalau korang nak tahu aku dah semakin terjebak dengan soping online. Sejak menyoping kali pertama kat zalora (baca kat SINI) memang aku jatuh cinta nak soping kat situ lagi.

Dulu aku anti sikit soping online ni. Iyelah tak dapat nak rasa kan apa barang yang kita nak tu. Tapi disebab kan soping online ni menjimatkan masa, i is wanita berkerjaya katakan bz memanjang ye, barang online ni pun jauh lebih murah dari pasaran dan kadang-kadang susah nak dapat kat luar. Setakat yang aku pernah beli online tak pernahlah lagi menyecewakan hati.

Tapi sebelum aku soping online aku buat research dulu. Tak de main sebarang je beli. Misal kata kalau nak beli baju kena ada tali tape kat tepi nak mengukur. Takut tersalah saiz. Baca dulu review kat blog blog dan komen kat fb. Kenal pasti sapa seller tu.  Barulah tak menyesal dikemudian hari. Ada baca kan kat paper sehari dianggarkan lebih lima belas orang yang buat aduan kat tribunal pasal kena tipu.

Ok ok aku sebenarnya tak nak cerita pasal tip or orang kena tipu beli online tapi aku nak kasi tahu kat mana korang boleh beli barang pada harga murah. Suka tak suka tak? Sapa yang tak suka kan beli barang murah dapat lagi diskaun. Haa... saya suka saya suka. Kalau suka meh terjah laman web Iprice.

Iprice ni bukan jual barang tau uolls. Tapi dia bagi kita voucher diskaun kalau kita nak soping kat zalora. Eh bukan zalora je tau, ada lagi store online yang lain yang diorang provide voucher free. Boleh tengok kat sini listing store tu. So kalau korang nak beli barang pada harga jauh lebih murah terjah Iprice sekarang.


3 Comment:

Amanda Suria said...

nanti nak survey tgok2 apa yang berkenan di hati...

IntaNBerliaN said...

wah, bagusni.. tp xbyk sgt yg listing store dia yer

Cho Zila said...

ni kalau pencinta beli online harus ke sini...