Sekadar perkongsian

Aku nak share satu benda.. Bukan berniat nak tunjuk alim. Sekadar berkongsi ilmu. Korang tahu tak pasal Manzil? Astagfirullahhalazim aku baru je tahu. Sekolah agama sikit punya lama. Almathurah setiap solat selama lima tahun aku tengok. Tapi boleh aku tak tahu ke tak ingat pasal kewujudan ayat manzil. Sedih sangat tau dengan diri sendiri macam ni.

Semalam aku ada sembang dengan sorang kakak kat opis. Dia ni memang baik. Dari segi penampilan pun dah melambangkan budi pekertinya. Tak de nak pakai tudung belit belit paras dada ni. Tudungnya litup. Aku suka sembang kakak ni sebab kalau dia nasihat or tegur tak macam setengah orang main sound je. Nak tegur orang tapi perli-perli memang tak buatlah aku.

Dia suruh aku amalkan bacaan manzil. Siap hadiahkan aku mathurat. Walaupun mathurat tu dua ringgit je tapi fadilatnya banyak. Antaranya manzil sangat mujarab untuk menyembuhkan penyakit sihir, jin dan lain-lain. I copy cat dari almathurah itu. hihihi... Antara tanda kena sihir adalah sakit di bahagian tengkuk dan belakang. Aku ada rasa sejak akhir-akhir ni tapi nauzubillah ntahla. Semoga kita semua dijauhkan dari ilmu ilmu sihir dan sebagainya.

Satu lagi aku syor amalkan membaca 10 ayat pertama dari surah  alkahfi. Kebaikannya kalau kita baca surah alkahfi kita akan dilindungi oleh Allah S.W.T selama 8 hari dan juga dari dajal. Dunia dah nak akhir kiamat ni. Moga kita bukan tergolong dalam golongan ummat akhir zaman.


Ya allah kau berikanlah keharmonian dalam rumah tanggaku. Peliharalah kami dan jauhilah kami dari angkara hasat dengki manusia.

2 comments:

Amanda Suria said...

sharing is caring kan..x salah kalau kita berkongsi...thanks diatas perkongsian..

IntaNBerliaN said...

saya tahu pasal ayat tu.. risau plak baca entry ni.. pe2 pun moga kita semua dilindungi

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY