24 February 2014

Tempat urut yang best

Kalau sape sape yang kenal lama dengan aku memang tahulah betapa aku sangat tak suka dengan orang pantai timur especially orang Kelantan.  Tapi itulah kata orang yang kita benci yang kita tak suka itulah jodoh kita. Pada yang mana tahu aku kawin dengan orang kelantan memang diorang ni kalau dapat je peluang confirm di bahankannya aku. Aku benci bukan sebarang benci tau, benci bersebab. Erm tak pelah... Lupakan malas nak cerita kisah lepas. Semua dah berlalu. Yang penting kita teruskan hidup ini dengan rukun dan harmoni. ececeh....

Minggu lepas aku balik kelantan. Dah lama tak balik rumah mil sejak raya puasa hari tu. Kalau nak tahu aku kalau balik rumah mil memang jarang berjalan. Duk rumah je biasanya. Tak tahu nak pergi mana. Bagi aku kelantan tak de tempat menarik sangat. Nak pergi rumah member pulak banyak yang duk kat kota bharu. Tanah merah dengan kota bharu time raya-raya dari setengah jam perjalanan boleh jadi lima enam jam. Ghentikanlah...

Tapi kali ni balik bukan waktu cuti perayaan atau cuti sekolah so peluang nak berjalan tu terbuka luas but masalahnya pulus pulak tak banyak nak merewang. hehehe... faham-fahamlah hujung-hujung bulan. So tetaplah daku duduk diam-diam kat rumah. Ni balik sebab dapat MC rabu kamis. Pastu jumaat aku EL. Dah lama sangat tak balik kampung since raya puasa hari tu.

Aku kalau balik kampung tak mendatangkan faedah rasa macam rugi. hahaha... Jumpa mil tak mendatangkan faedah eh? Sebabkan tak nak rasa dalam kerugian kenalah buat sesuatu yang mendatangkan faedah dan kena dengan budget. Kebetulan dah seminggu aku gastrik. Sesuai sangat kalau berurut. Kat area rumah mil ni memang aku tahu satu tukang urut yang best dan budget. (^.^) Sebelum urut wajib ke kedai gunting rambut dulu(klik untuk baca budgetnya). Sekarang aku, sofea dengan hakeem sedang menternak kutu. Biasalah anak-anak sedang meningkat dewasa memang kutu suka nak menghinggap.

Tempat urut yang aku pergi ni kat rumah orang. Dia urut pun pakai minyak yang letak dalam tupperware je.Tapi dia punya urutan wallawei superb. Lagi best dari urut kat spa kot. Kotla... sebab aku urut kat spa pun tak pernah kennn. huhuhu... Aku suka bila dia urut guna kaki. Power.. Kalau boleh nak dia guna kaki takyah guna tangan. Bunyi macam kurang ajar tapi best.. sedap, tak sakit. Dan terpenting sekali murah. Sekali urut dua puluh hinggit sahaja. Cer kalau KL tak de lima puluh ringgit tak yah la mimpi nak urut. Kalau kat spa lagi ntah berapa dia cekik.

Dulu aku pernah amik pakej urut lepas bersalin pastu dia siap tungkukan sekali. Urutan dalam sejam ke se setengah jam sekali urut. Pastu kan aku suruh urut sekali bagi air susu keluar. Dan aku bayar hanya RM 20..  Mana nak dapat murah cam gini. Malam lepas urut tu kan terus meriah susu keluar. Masa sofea dulu aku tak tahu pasal urut nens so memang aku kena topup sofea dengan FM.

Hari tu aku suruh urut perut sebab gastrik, pastu aku mintak sekali buat air tawar untuk stopkan hakeem susu badan. Dah nak tiga tahun ni masih menetek lagi. Kalau dibiarkan ntah bila nak lepas. Kak ma tu baca-baca ayat kat nens aku tu pastu calit kapur. Pastu dia kata nak buat pelepas. Untuk ni aku bayar RM 30.00. Sebab banyak benda nak suruh buat kan. Agak-agak la pun kalau nak murah kan...

Aku tak pasti pelepas ni apa. Cuma dia main kebas kebas dengan kain pastu ada guna tali macam nak keluarkan kita dari ikatan tali tu. Kakak aku kata tak elok pelepas-pelepas ni. Macam syirik. Ye ke aku tak pasti. Aku ok je sebab aku dengar kak ma baca surah-surah al.quran. So aku ok ler. Dan alhamdulillah hari kedua hakeem dah tak bangun malam mintak susu dah. Ni dah masuk tiga hari dah tak menyusu badan cuma gentel gentel tu masih ada. Tapi iyelah kesihatan dan kesembuhan tu semua dengan izin allah kan..

5 comments:

Amanda Suria said...

SA pun tgh mencari bidan2 kampung yang boleh urut satu badan...mesti best kan..mahal sikit pun x per kot;...janji sedap di urut dan xde rasa sakit2 dah

Anonymous said...

kalau puan azi nak berurut dengan saya pun boleh ... cubalah sejam hanya rm 50.00 kalau urut saja. Lagi murah ambil pakej hanya rm 200.00 sejam. tapi saya buat outcall sahaja. kena booking sejam dua lebih awal. sehari saya hanya ambil 2 pelanggan sahaja.

P/s : pakej rm 200.00. urut satu badan + batin + fj untuk 90 minit. one shot atau yang mana terdahulu. Cubalah nanti.

Anonymous said...

nak mengurut?call sy 0189667383

Anonymous said...

nak mengurut ?call sy 0189667383..murah2

bohemian grove said...

salam... bagi sapa2 area kelantan khususnya area machang tanah merah kok lanas temangan blh lah hubungi sy kalau nak berurut.. bayaran seikhlas hati saja kalau xpuas hati xpayah byr pn xpe. samada whatsapp sy di 01111969905 / call-sms 0169866401 blh cuba kalau rasa serasi blh urut lg.

 
Copyright by Aziazidah