25 February 2014

Tol free

Hari ni gaji. Setiap kali gaji aku memang kena buat budget betul betul. Paling penting kena sep siap siap duit minyak dan tol. Kang kalau tak cukup duit tak pergi kejelah aku. Setiap hari tol aku kena bayar RM 6.40. Minyak sepuluh ringgit. Seminggu kena ada dalam lapan puluh lima ringgit. Belum masuk makan minum. Sebulan tol ngan minyak mau dalam tiga ratus setengah. Belum lagi nak berjalan sabtu dan ahad. Haiii sekarang ni jalan setapak duit. Tak de duit duduk diam-diam.

Semalam masa aku balik dari keje adalah satu kereta jenama tidak diketahui tapi keluaran luar negara. Korang kalau tanya aku jenama kereta aku sokmo fail. Kereta waja pun aku boleh kata itu kereta pesona. Yang boleh aku simpulkan kereta ni buatan luar negara. Tapi aku syak jenama Audi la ke merc ntah la. Tapi kalau tengok kereta ni aku agak mesti masuk lorong smart tag atau paling tidak touch n g macam aku.

Dan seperti dijangka dia masuk lorong touch n go. Depan aku pulak tu. But korang tahu masa dia keluarkan tangan dia kat tingkap dia pegang duit. Aku masa tu dah ermmm lambatlah macam ni. Nak kena gostan pulak. Belakang kereta dah berderet. Nak tunggu penjaga tol datang bila.

Selalu la aku jumpa manusia macam ni. Apa diorang ni tak baca dulu ke lorong tu lorong tng ke tunai. Mamai ke apa. Tapi aku tak salahkan mereka ni sebab laki aku pun grupa cam gitu. Main terjah je. Masa kat tol karak hari tu bolehla dia jalan masuk lorong tak de orang jaga. Dah terang lampu warna merah menyala. Pastu kadang-kdang card tng penuh dia gi jugak kat lorong tunai. Bila  card tng tak cukup balance time tu datang dia punya confident masuk lorong tng. Tapi yang aku tak marah sangat kat  mr. mama ni, kalau dia salah line ke apa dia cepat bertindak. hihihi... cover suami sendiri.... Ni mamat ni boleh je tunggu dengan tangan terus hulur duit. Dah sah sah tak de orang kat situ. Pastu dalam lima minit gitu barulah gi tekan button interkom. Bila dah dua tiga kali tekan palang pun terbuka. Dia pun pecut dengan muka tak bersalah.

Aku dalam hati dari marah jadi terkagum. Terpinga-pinga pun ada. Tak faham aku. Hari tu mr. mama swap card tng tak cukup balance orang tol datang collect duit. Ni mamat ni swap card tng pun tidak alih alih terbukak je palang. Bayar apa pun tak. Macam ni rupanya nak dapat tol free ye......

1 comment:

JunAina said...

Kadang2 memang ada jenis manusia macam ni saja ja masuk lorong t&g walaupun sebenarnya dia tak ada pun kad terutama waktu jem di tol sungai besi. Kadang rasa nak turun sepak jew... Nak tunggu budak tol datang bg kad dah satu hal...

 
Copyright by Aziazidah