Akeem ke taska


Menu lunch hari ni. Sedari pagi tadi dah gebang dengan husband, tengahari ni nak makan nasi tomato. Tak nak bawak bekal walaupun pagi tadi seperti biasa memasak. Mr. mama kejut pukul 5 pagi tapi sampai 5.30 baru bangun. Pastu mr. mama kata "tak nak masak kan". Aku jawab masak ayam goreng je lah boleh. "Kalau ayam goreng papa pun boleh masak sendiri". Sentap...

Terus tukar menu. Masak ayam goreng KFC dengan ayam goreng kicap. Kali ni masak ayam masak kicap pedas2. Bubuh cili api dengan lada hitam bebanyak. Memang tekak teringin makan ayam masak kicap yang berkerak2 cili apinya sebab teringat member giat mara masak dulu. Dapnya... Terus mengidam serba merta. Semalam mengidam ketam, dapat. Hari nu mengidam ayam masak kicap sekali dengan nasi tomato. Pun dapat. Ini bukan mengidam. Ini mente kedarah namanya. :).

Selalu kat rumah jarang masak makanan pedas2. Kesian kat anak tak leh makan a.k.a aku malas nak masak banyak-banyak lauk. Redho je sup, ikan goreng ayam goreng gitu... dasar...

Ini dapat masak pedas sebab akeem dah dihantar ke taska. Pia pun sekali buat teman adiknya. Ntah apa jadi dengan diorang tu. Makan apalah agaknya. Hiba pulak. Mama makan sedap sedap. Anak...

Start hantar hakeem kat taska hari rabu hari tu. Mr. mama anta pukul 12 tengahari rabu tu. Macam di duga akeem nangis sampai ustazah kena bawak balik rumah baru ok. Esoknya mr. mama hantar pukul 9. Tak mandikan dulu. Amik pukul 3.30 petang sampai sudah diorang tak mandi. Pampers akeem pun tak bertukar. Geram plus sedih rasa. Tapi tak salahkan diorang. Patutnya mr. mama mandikan dulu sebab dah hantar lewat.

So hari ni dah pesan suruh mr. mama mandikan dulu sebelum hantar dan suruh bagi makan siap-siap. Tadi hantar mr. mama kata akeem nangis lagi sebab tak nampak muka ustazah. Akeem boleh dengan ustazah jer. Al mentang-mentang ustazah made in Kelantan. Ingat ustazah mek ke? Mr. mama tinggalkan je sebab call ustazah kata dia on d way nak balik.

Isnin ni sofea dah start sekolah balik. Ustazah suruh hantar hakeem dan pia terus rumah dia pepagi tu. Kalau ikutkan pagi-pagi ustazah memang tak de. Bawak bus sekolah. Tak dapat aku bayangkan drama hari isnin ni. Pia tak de, ustazah tak de... Sure nangis ni. Ustazah kata kalau akeem tak leh duduk taska tak pe, dia akan handle hakeem. Handle macam mana kalau ustazah bz ngan bus, sofea pergi sekolah. Tak kan nak angkut akeem naik bus sekolah kot.

Ustazah kata akeem tak reti bergaul. Iyelah dua tahun duduk bawak ketiak emaknya. Mana pernah berenggang dengan aku atau mr. mama. Ini kira nasib kitaorang jumpa ustazah dan akem nak kat ustazah. Adalah tempat kitaorang nak dimintak tolongkan.




 Harap-harap dipermudahkan lah semua urusan...

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY