03 March 2014

Berhenti susu kerana takdirnya

Seram pulak cerita/tajuk akhir-akhir ni lebih pada ukhrawi. Sebabnya akhir-akhir ni banyak sangat benda yang pelik-pelik berlaku dalam hidup. I is takut jugak amalam belum sebanyak mana tetiba ajal datang menjemput. :-o

Actually nak bagitau dah lebih seminggu hakeem berhenti susu badan. Salah satu sebab utama cuti tanpa gaji (ctg) selama dua tahun tempoh hari sebab nak fully breastfeast hakeem. Alhamdulillah tercapai. Kalau kerja rasanya tak mampu nak bf hakeem sampai dua tahun. Sedar diri ni bukan disiplin nak pam pam ikut waktu ni.

Masa cuti bersalin tiga bulan pertama kemain lebat lagi susu melimpah ruah tapi langsung sikit pun tak terfikir nak tadah buat stok. Inikan pula bila kerja. Memang tidak rasanya... Bagilah motivasi, ceramah and what ever memang i is lemah diri. Tahap keyakinan diri rendah. Jadi ctg adalah terbaik untuk merealisasikan impian ditambah ada faktor-faktor lain yang mendesak, ctg the best solution. Dapat fully bf sorang anak pun jadilah. Bangga juga dengan diri sendiri. hihihi...

Ikutkan bulan empat ni hakeem tiga tahun. Kesimpulannya hakeem direct bf  dua tahun, masuk dua tahun sebulan sampai dua tahun sepuluh puluh hakeem bf waktu malam sahaja. Sabtu ahad siang dan malam. Kalau hari keje mr. mama bagi air milo.

Ikutkan dah lama boleh pisahkan hakeem susu badan sebab siang bila kerja dia tak de mengorok mintak susu badan langsung. Cuma bila nampak mama dia mula dia la drama menangis segala bagai kalau tak dapat nenen.

Mungkin disebabkan Allah sayangkan hambanya yang seorang ni jadinya Dia permudahkan urusan nak berhentikan susu anaknya. Minggu lepas dugaan hebat seminggu tak sihat, sekarang pun masih lagi belum sihat sepenuhnya. Dapatlah mc 2 hari, rabu dan kamis. Jadi jumaat terus el dan balik kampung.

Kat kampung kan dah cerita aku pergi berurut dan buat air tawar untuk berhentikan susu hakeem. Bukanlah sebab air tawar tu aku berjaya berhenti susu badan. Tak pernah didengar dek oranglah jumpa tukang urut boleh berhenti susu badan. Aku rasa ni asbab sahaja. My mind set dah fikir ikutkan hakeem cepat atau lambat nak atau tidak kena jugak berhenti menyusu kerana adiknya bakal take over. So why not sekaranglah masanya.

 Jenama yang dinyatakan dari anak pertama sampai sekarang.

 I dah mengandung dua bulan....




No comments:

 
Copyright by Aziazidah