05 March 2014

Pantang larang ketika mengandung

Sekarang kan aku tengah mengandung. Pastu aku kan ada jahit jahit beg jeans. Adalah dua tiga tempahan yang belum siap.

Yang mana selalu tanya aku bila nak siapkan tempahan selalu aku bagi alasan mengandung tak larat nak jahit... Walaupun hakikatnya kalau tak mengandung korang kan tahu aku ni bila poket dah menipis baru lajulah aku siapkan semua tempahan.  Tak laratnya sikit malasnya lebih. hihihi

Tapikan sejak mengandung ni memang aku tak pernah lagi sentuh mesin jahit. Minggu lepas adalah rasa macam nak jahit tapi bila aku ada tergoogle juga terdengar orang tua-tua kata tak elok menjahit ketika mengandung. Eh bukan dalam googlelan aku tu dia tulis tak boleh menjahit ketika mengandung. Ditakuti nanti tali pusat baby bersimpul.

Ada jugak yang tulis kalau menjahit time mengandung nanti bibir baby sumbing.Eh itu pun pantang larang jangan pakai pinggan sumbing ker...  Apa-apa jelah kan. Yang penting aku kalau boleh tak naklah anak aku sumbing kan.

Aku rasa tu cuma pantang larang orang dulu dulu je tu. Bagi aku mungkin kalau kita menjahit masa mengandung nanti kita cepat mengah kot. Iye ke menjahit boleh mengah?. :) Nak tersimpul ke tersumbing ke itu semua tu kuasa Allah. Kan kan kan...

Tak kan lah tukang jahit setiap kali dia mengandung dia tak amik tempahan. Kang dia nak tanggung hidup dia pakai apa. Kos sara hidup sekarang makin hari makin meningkat.


2 Comment:

Sya Nadia said...

betul3..xkn la menjahit boleh jd sumbing..kwn sy pun tukang jhit, Alhamdulillah, xde sumbing pun anak2 dia..

nita said...

Assalam Azi..
lama tak menyinggah kat sini... wah tahniah, baru tahu awak pregnat..

betul jugakkan kalau fikir logik, camner tukang jahit nak cari makan kalau time mengandung kena stop menjahit.. kan...?

jaga diri k! Saya doakan yg terbaik buat awak.. ^_^