Pendaftaran Darjah 1 2016

Jadi mak mak zaman sekarang kena sentiasa pekakan. Especially pasal sekolah anak. Kalau perangai mcm mr. mama esok nak sekolah hari ni baru nak pi sekolah daftar alamat tak sekolah lah anak. Kawan mr. mama lagi relax, aku nak daftar tadika sofea  berkajian berbulan-bulan dia boleh dah dua minggu budak dah masuk sekolah baru hegeh-hegeh datang tadika nak daftar. Sabar jelah. Siap suruh mr. mama tanya kat aku boleh lagi ke daftar tadika islam tu. Allah... kalaulah aku diberi sifat yang cool dan selamba macam ni kan bagus.

Ni dua minggu aku gundah gulana sampai tido pun tak lena mikiran nak daftar sekolah rendah pia kat  mana. Aku rasa kawan mr. mama tu bukan tahu tu sekarang dah bukak pendaftaran darjah satu tahun 2016 tu. Gasaklah nanti... Mr. mama pun tu pun bukan tahu. Yang dia tahu bini dia ni ha uruskan semua.  Siang-siang dah cakap hal sekolah-sekolah memang mak mak je yang uruskan. Amboiiii biasa.  Nasib dapat bini celik internet tau..

Tahu tak bini dia dari 1 mac hari tu duk kelek telefon kehulur kehilir. Nak tepon ustazah tapi segan. Seganlah aku je yang selalu tepon ustazah ni. Pastu tanya memacam. Masa daftar tadika hari tu pun ustazah dah kenal. "Ooo ini ke orangnya yang tepon hari tu" .

Dari sehari ke sehari amik kekuatan nak call tanya bus sekolah ustazah cover area mana.  Aku kan pemalu sikit nak mulakan perbualan. Tapi bila sekali dah bercakap dalam telefon memang tak ingat dunia. hihihi... Mak mak kena pandai nyembangkan.

Sebenarnya aku bersyukur sangat dipertemukan dengan ustazah ni. Iyelah ustazah bukan je ada taska dan tadika tapi ada sediakan transit untuk budak sekolah kebangsaan dan ke sekolah agama. Taska lain, tadika lain, transit tempat lain. Bukan macam taska yang biasa diorang campur tuk transit sekali. Tak sesuai...

Senang orang macam aku tak payah nak berhantar berjemput sofea ke sekolah. Ingat senang ke putrajaya ni. Bukanlah aku kisah penat amik atau minyak kereta tapi masalah parking kat kompleks D tuh. Pernah keluar dah dalam paper pasal hazabnya parking kat sini.. Tuhan, kakitangan dan pelawat kompleks D ni jelah yang tahu kesengsaraannya.

Ustazah advice aku amik sekolah usj dari sekolah hicom Katanya cikgu-cikgu usj bagus. Sekolah dalam pemerhatian lagi. Sekolah ni satu sesi. Sesi pagi. Pagi tadi hantar sofea sempat tengok lencana anak ustazah pun sekolah usj jugak. Kihkihkih.. padahal selalu hantar tak pernah tengok pun baju anak dia. Tengahari pulak sebelum pergi sekolah agama ada sedia makan tengahari, mengaji dan sembahyang jemaah. Sekolah agama depan rumah ustazah jer. Tambang bus, mengaji, makan minum dalam RM140.00 sebulan. Bolehlah kan.

Tak yahlah aku nak fikir nak hantar anak mengaji kat mana. Dulu mak aku suruh aku mengaji waktu malam. Mengantuk betul. Dengan esok kul 5.45 dah kena bangun nak pi sekolah. Pagi pagi dah kayuh beskal ke jalan besar. Pastu kejar bus kilang tumpang gi sekolah. Tapi bus sekolah ustazah tak cover kawasan kampung aku. Takpe. Kalau tak boleh amik ku boleh hantar sofea kat rumah ustazah pepagi macam sekarang.

So jumaat lepas aku gigih daftar online. Moh lekas sape yang ada anak nak sekolah darjah 1 tahun 2016 daftar kat sini http://apps.moe.gov.my/esppsel/ . Tapi bila step akhir tu, sekolah yang aku nak tak de dalam senarai.

Kembali gundah gulana semula aku. Sabtu ahad lepas tido pun tak lena. Hidup tak keruan. Macam mana lah nak buat ni. Cakap ngan mr. mama pun dia apa boleh buat. Baik ku senyap-senyap fikirkan cara terbaik.. Ni nak kena bina kekuatan sekali lagi tuk telefon jabatan pendidikan negeri selangor pulak. Kena ada kekuatan cepat cepat, nanti tutup pulak pendaftaran.

Pagi tadi dalam debar aku telefon jugak jpn. Baik jer cakapnya. Macam biasa aku cakap ok je. Takut nak tekan nombor je sebenarnya. Diorang kata patutnya ada je semua listing sekolah tu. Diorang suh daftar semula. Kalau tak boleh trylah daftar kat sekolah yang aku berkenan tu.

So aku try daftar semula. Kali ni aku cuba tukar poskod 47150 ke 47100. 47100 ni poskod lama.  Terus keluar berpuluh puluh sekolah area petaling perdana ni. Rupanya hari tu pasal letak poskod baru dia tak keluar semua nama sekolah la. Menyesal aku buat kad pengenalan baru pastu aku tukar ke poskod baru. Tak meluas lagi penggunaannya. Ke sistem ari tu yang weng aku pun tak tahu. Yang pasti aku lega.... Selesai satu masalah.


*Bulan tiga tahun depan kena alert nak daftar sekolah agama pulak.. 

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY