15 April 2014

All in 1 week story

Dah seminggu blog tak update. Bukan tak bukak blogger . Tiap hari pi bukak dashboard. Sapa-sapa yang update blog aku baca tau. Kita adalah salah seorang penyumbang traffic blog korang tu. Cuma blog kita je yang tak berupdate-update. Malasnye hoii... Padahal banyak je aktiviti harian yang boleh dijadikan bahan cerita. Tapi kisahnya malasssssss.... Tambah stress.

stress la sangat...

Awal bulan keje hari tu banyak. Nak kena buat penyesuaian. Ni bulan empat memang bulan suwey sikitla. Setahun dah aku masuk keje. Bulan empat bulan pun macam tu. Kena menjawab pertanyaan audit. Sakit kepalaku... Dengan sms sms dari courth masih aktif lagi. Sekarang dah sampai stage nak sita.

Pasal courth ni nantilah aku entrykan. Entry final kekdahnya. Last week mahkamah kl ada call aku. Aku marah orang mahkamah tu kata aku sedang bising hantar je lah surat tak yah nak call call. Dia hantar gak sms. Aku ada refer kes ni kat Biro Bantuan Guaman. Kedekut punya Biro Bantuan Guaman nak jugak aku datang opis bayar hasil dua ringgit baru nak advise. Kemudian aku gi refer PUU Kdn. Peguam tak dapat nak bagi advise lebih-lebih sebab tak tengok agreement. Anyone adakah yang buat hutang dengan courth mehla bagi aku pinjam agreement tu. Kami nak mengkaji... Betul ke idak courth boleh kotak katik kan customer like me mr. mama. Arghh tensi betul fikir pasal courth. Nak jadi apa jadilah. Life must go on. (^.^).

Pastu semalam petang masa on the way balik keje dapat call dari number 03-2XXXXXX. Aku fobia betul nampak nombor phone dua kat depan yang keluar. Semua ku ingat courth. Tak pun mahkamah. Pastu nak cakap pulak dengan mohd zaidi. Lagi fobia dengar nama suami sendiri. Coz peguam kdn kata kita layankan je permainan courth nak sita sitalah. Buat je report kalau diorang sita so aku berlagak cool. Jawab jugak telefon. Rupanya dari celcom. Nak promote pelan internet baru diorang. Dengar je dari celcom terus aku mengadu yang telefon aku asal topup je esok bangun pagi mesti tinggal satu sen. Kihkihkih Mesti bengang promoter celcom tu. Orang sibuk promote awak sibuk mengadu domba.. Patut aku tanya adakah diorang yang bagi no phone ni kat courth kan?

Minggu lepas aku bz. Tetiba jadi orang penting. Keluar masuk bilik bos sokmo. Sampai nak kena pi meeting dengan TKSU. Nasib berjaya melarikan diri. Kamis ni nak ke Johor pulak. Jadi urusetia kursus. Tetiba sangat nama naik. Nak kata aku boleh buat keje ke atau sebab aku tak ada keje ni. Tak pe kita bersangka baik. Bos suka dengan keje aku kan. :).

Aku kalau kursus kena bermalam malam ni memang tak suka. Mr. mama tak leh sehari bini dia tak ada depan mata. Kalau dia outstation tak balik tiga empat hari tak pe. Tapi kalau bini dia nak outstation sebab kerja memang dia tak benarkan kecuali dia ikut sama. Macam last month time cuti sekolah aku kena kursus kat Melaka. Berangkut anak. Patut mr. mama ikut sama. Tapi last minit kena outstation. Tengok dia outstation tak pe. Kita tak boleh. Terpaksa aku drive melaka sorang-sorang dengan anak yang super aktif tu. Kecut perut akak. Sampai sesat sesat. Patut dua jam dah sampai. Jadi tiga jam. Sepanjang kursus anak-anak terpaksa campak sana sini suruh orang jaga. Dah macam ibu tunggal. Lepas ni aku nak update pasal diari sehari seorang sole mother nih!.Hari last tu urusetia halau aku suh balik awal sebab hakeem menangis dah umpama kena sebat seratus kali.



Ini sebelum berangkat pulang dari Melaka. Kena sogokkan anak supaya diorang senyap sepanjang perjalanan. Walaupun makanan ni tak elok. Junk food! Tapi terpaksa. Emaknya bukan pandai sangat bawak kereta. First time ni tau makan KFC dengan anak-anak tanpa mr. mama. Sob sob.. Masa nak masuk AEON ni pun berpusing dua kali cara pintu masuk. Ingat nak cari tempat parking paling jauh dari orang. Takut punya pasal. Sekali memang terus ke pintu keluar. Sabar je lah...


Ini pulak cerita masakan. Walaupun i is mengandung tapi bau bawang putih bawang merah no hal. Alhamdulillah. Pepagi wajib masak walaupun anak-anak telah dihantar ke taska/tadika. Boleh bawak bekal. Jimatkan... Tengah masak sup tetiba gas abis. Kul 6 pagi mana de kedai bukak lagi. So try masak guna rice cooker. Nasib masak berkuah. Kalau tengah goreng ikan harus aku lemparkan je kat dalam tong sampah. Sedaplah korang masak guna rice cooker ni. Nanti aku nak masak sup tulang pulak guna rice cooker. Hari tu aku masak sup tulang pastu sibuk kemas rumah sampai hangus tulang aku. Guna rice cooker ni dia slow. Lambat air kering. Sedap pulak pastu boleh jimat gas.

Aktiviti menjual prelove item masih berjalan. Baju aku adik ipar aku dah licin. Aku dah amik pakaian kawan opis. Tapi aku tak masuk lagi dalam blog antiqueshopp tu. Nanti la aku update. Laptop rosak. Anak nak masuk tiga.... Perbelanjaan ofcourse meningkat. Ni aku hantar akeem kat taska pun dah terasa dah duit mengalir macam air paip. Opps rumah aku kali ni terkena catuan air. Nasib rumah aku ada kolah dua hari tu tak ler terasa sangat.

Aku dah kira nanti tahun depan taska for baby dan tadika akeem sofea kena sep awal-awal RM 640.00. Masih murah lagi la tuk tiga orang anak kalau dibandingkan duduk putrajaya seorang je tiga setengah. Empat ratus pun ada yang amik tuk baby. Memang kena cari alternatif tambah pendapatan. Mr mama pulak gaji tak tentu. Main transport ni nak kena standby selalu ada duit tuk rolling. Customer selalu bayar lambat. Akeem tiap pagi sebelum ke taska kena belikan air kotak dan roti baru nak duk taska. Parah betul.

Now sekarang tengah dalam perancangan buat projek jahitan dengan member. Beg jeans tu aku buat jugak. Tapi ikut mood. Badan asyik tak bermaya sejak mengandung. Ni bila ada sharing projek, partner asyik tanya termotivasi jugak nak menjahit.

Bloomer @ celana baby. Buat basahan pakai kat rumah. Cantik ke tak? 

1 Comment:

Amanda Suria said...

SA pun malas sebenarnya ni...tp kan..gigihkan diri je...