Kopi best

Minggu lepas pergi bengkel kewangan kat 11@century Hotel Johor Bharu. Ke johor bersama mr. mama dan anak-anak selama tiga hari. Kita tak nak review pun pasal 11 @ century hotel. Cuma nak bagitau aku sangat-sangat tak suggest kalau jabatan korang nak buat kursus kat sini. 

Kalau korang willing nak menginap i'm not sure the rate tapi hotel ni like hotel budget. Biliknya kecik sangat-sangat. Kami anak beranak berlaga-laga vontot nak jalan dalam bilik. Bilik air tak ada bath tab tapi besar. What for? 

Selama aku duduk kat hotel walaupun berempat tak pernah kitaorang tidur secara melintang. Muat je empat orang nak tido secara berjemaah. Ini kalau ko nak tido molek molek hadap tv, sorang mesti jatuh telentang ke bawah punya. Aku dapat bilik mengadap kawasan pembinaan. Nampak dinding zink. Kawan aku dapat bilik mengadap disko. Sampai pagi tak leh tido. 


Lokasi hotel kat Jb ni aku rasa rata-rata berdekatan dengan kawasan perumahan. Macam sempit padat. Macam biasa aku kalau tak sesat tak sah. Swimming pool tak dak ye kawan-kawan. Bagi yang bawak budak mesti boring. 

Aircond asyik mati dengan sendiri. Mula-mula aku ingat sebab aku slowkan aircond tu yang bilik panas. Tapi bila kawan aku pun sampai kena tukar bilik memang sah aircond bermasalah. Kawan aku lagi teruk pasang tak sampai seminit dah mati.

Makanan so so je. Bolehlah buat isi perut. Malam last tu urusetia kata makanan upgrade sebab esok tak de lunch. Tahu tahu malam tu hotel hidangkan nasi goreng yang minum petang punya. Pastu ada kambing black pepper ke apa namanya. Ngan ayam bakar. Yang tu lah aku rasa menu upgradenya. Tapi cannot go. Even mr. mama pencinta lamb dia makan pun tak habis. Baiklah tak yah upgrade menu makan malam tu. Bagi nasi putih ngan lauk biasa udah. 

Kata upgrade tuk kami peserta bengkel tapi why budak-budak U yang sama kursus pun makan benda yang sama kat situ. Malam tu akeem n pia makan roti cicah air kopi jer. Very the kampung budak-budak ni tau. Hotel sedia sup mushroom tuk makan dengan roti tu tapi depa pi cicah ngan air kopi lagi sedap katanya. Balik kelas malam tu aku bantai makan maggie. Dalam sejarah pergi kursus makan maggie dalam hotel.  

Malam last tu lift out of service katanya. Nasib ler time tu nak turun kalau naik.... Black out usah cakap. Eh  ehter 'review' pulak kan. kehkehkeh... 

Bukan aku nak condem hotel ni. Tapi aku rasa rugi gov bayar mahal-mahal tapi service kureng. Actually aku urusetia jugak dan nampak lah sepanjang perjalanan bengkel banyak yang tak ok. Pasal bilik seminar malas nak cakap.... 

Aku tak tahu berapa lama dah hotel ni beroperasi, ada yang kata dah tiga tahun. Dalam kata tak best duduk sini adalah satu yang aku suka pasal suka jugak. Aku suka dia punya sudut buat air tu. Apa ke nak panggil ek. 


Biasakan hotel hotel letak air mineral dan teh uncang je kan. Kat sini diorang letak dengan kopi 5 in 1 La Cafe. Kalau korang nak tahu aku memang tak minum kopi. Tapi bila sekali minum La Cafe ni terus jatuh cinta. Sedap sangat. Hakeem pun suka. Siap minum sampai dua cawam. Cuma pia je setia dengan teh. 

Masa aku nak gi kelas aku nampal trolly orang kemas bilik tu ada La cafe. Aku rembat segenggam letak dalam beg. hahaha.... Tak pernah rasa kopi sesedap ni. Pernah minum kat starbuck pun bagi aku tak sesedap La cafe ni. Tapi tekak korang aku tak tahu la kan. Tekak aku pas ni kena cari kat pasaraya jawabnya. 

Haipps 5 in 1 tak elok sangat minum tau even sedap. 

1 comment:

CikLily Putih said...

sempat lagi tangan mencapai tu kan.. kopi apa pun memang sedap

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY