Nasi ayam simple dan sedap

Sejak mengandung aku memang memilih makanan. Ayam especially ayam goreng tak berapa nak lalu kat tekak. Makan kena berkuah-kuah. Kan dulu aku bagitau aku masak main dan je. Ikan goreng n ayam goreng adalah menu wajib. Now susah nak jumpa dah menu tu atas meja rumah aku. Tekak sekarang anja sangat. Nak makan sedap-sedap je. Ayam kari la. Lala masak lemak la. Nasi lemak buatan air tangan sendiri la. Sebulan lepas duk ler mengidam nak makan nasi ayam. Suruh mr. mama beli tapi tak kena dengan tekak. 

Ikutkan sepanjang aku kawin, hampir enam tahun ni boleh dibilang berapa kali aku masak nasi ayam. Baru tiga kali okey. Kali pertama buat jadi tapi nasi macam tak ummpphh. Kali kedua ntah apa rasa. Sampai aku sendiri rasa nak baling dalam tong sampah. Kali ketiga adalah bulan lepas. 

Deco-deco i memang fail. Asal sedap sudah.
Dapat pujian dari laki lagi.
  "Mama sedaplah." "Boleh bukak kedai makan".
Hover sangat statement.....

Dalam my family kakak aku je yang expert masak nasi ayam ni. Mak aku langsung tak reti tau. Mak aku kan chinese masuk islam. Duduk rumah anak yatim. Apa yang mak aku masak kebanyakannya belajar dari ayah aku. Jadi tak heranlah kalau anak dia pun tak pandai masak. kehkehkeh... 

Lelaki kebanyakan tak berapa gemar makanan yang nasi bernama macam ni. Mr. mama tu walaupun puji menggunung tapi tak ada nyer dia nak tambah kalau nama nasi ayam, nasi beriani, nasi tomato.

Sebelum ni aku tolong kakak aku masak sikit punya remehlah nak buat nasi ayam ni. Nak kena tumbuh bawang buat sambal kicap lah. Nak kena tumbuh bawang tuk buat sup lah. Nak tumbuk bawang tuk nasi lah. Nak kena masak nasi dengan majerin dalam kuali lah. Aishhh lecek. Bagi aku baik ler beli. 

Tapi lepas jumpa resepi dari blog fillanie aku rasa macam "laaa.. awat senang sangat buat nasi ayam nih". Kalau tahu dari dulu tiap-tiap minggu beli salad buat nasi ayam. hihi.. Serius uolls resepi nasi ayam fillanie ni paling senang antara semua resepi yang aku cari kat internet. I memang masakan bertuankan internet kalau nak tahu... Nak belajar dengan mak, mak dah tak ada.. sobsob...

Nak resepi nasi ayam sedap dan simple klik SINI k...


"Sedaplah mama masak"
Mama pia tak senyum sebab mama potong stim pia nak makan.

1 comment:

Amanda Suria said...

sanagt bagus bila cik abe ngan anak2 duk puji kan..kembang kempis hidung kita...betul x...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY