02 April 2014

Penghantaran motor area semenanjung

Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. Masa memula pindah adik aku ada suruh mr. mama hantarkan motor dia kalau mr. mama ada job area kuantan atau terengganu. Tapi tak ada tak ada pulak sampai ke hari ni....

Dah adik aku ni balik hari tu sekejap tengok motor dah tak boleh start. Lama tak start enjin memanglah. Masa memula dulu adalah sekejap mr. mama guna pastu dah tak guna dah. Aku tak bagi. Hari tu bila adik aku balik sini sebab ada interview, tengok motor dah tak leh hidup. Tahu-tahulah moto jenis pakai tuti ni... Penat gak le dia dari petang sampai ke malam duk perodi nasib baik boleh jugak start. Adik aku macam bengang je sebab kitaorang tak tolong hidup kan motor dia. Aku bukan apa, masa memula mr. mama naik moto adik aku tu aku dah macam tak suka. Takut la motor tu rosak ke accident sape susah. Walau pun adik sendiri...... Kalau korang acaner.  Guna je ke? Ok ini mukadimmah. Pencerahan buat adik aku kenapa kitaorang tak nak amik tau pasal moto tu... :)

So dua minggu lepas gigihlah aku cal syarikat penghantaran motor. Adik aku yang nak hantar moto aku yang susah2 kena dapat info. Tak pe tak pe kakak mithali katanya. Nak hantar guna keretapi terengganu tak ada landasan keretapi. Adik aku suggest guna skynet. Sebab skynet kat puchong ni dekat senanglah nak hantar kat situ. Aku call skynet puchong kata diorang tak buat service penghantaran motor. Hanya branch tertentu jer. Paling dekat kat subang. Bila aku call tanya charge penghantaran diorang estimate dalam dua ratus lebih. Mahalnya... Memang mahal cam gini ke nak hantar motor.

Kemudian aku call nation wide. Ni setelah aku google ramai kata nation wide antara yang termurah kalau nak hantar motor. Diorang kira ikut CC motor. 125cc dalam rm175.00. Mahal jugak bagi aku.

Aku google pulak pos laju. Actually riso nak guna pos laju sebab teringat lori pos laju yang terbakar tu.. hihihi... Adik aku kata kan ada insuran. Ada insuran pun lambat dapat claimnya. Harga pos laju dalam RM 180 plus. Semua pun lebih dari seratus lima puluh.

Kalau hantar by lori, biasa mr. mama amik paling mahal RM 150.00. Kalau kawan-kawan/bego boleh kurang lagi. Siap amik dan hantar sampai depan muka rumah tau. Patutlah lori tumpang menjadi pilihan ramai. Murah rupanya.. Syarikat penghantaran ni mahal. Pulak kita kena hantar dan amik sendiri kat hub dia. Pastu kena bukak side mirror dan tinggal sedikit je minyak dalam tangki untuk elak kebakaran. Kalau nak lagi selamat dari calar balar kena wrapping. Kos wrapping sepuluh ringgit kalau suruh syarikat buat. Susahnya...

Bagi aku memang susah... Orang lain tak taulah. Sebab aku dah biasa tengok mr. mama amik motor orang pastu angkat motor tu dalam lori. Tak yah bukak side mirror pun. Ikat elok-elok kat tepi dinding lori. Memang selamatlah moto tu bagi aku. Cuma salinan geran memang kena ada. Takut polis tahan kata kita curi motor tu.

Ni aku nasib baik mr. mama amai kenalan driver lori. Kebetulan hari tu pulak ada yang nak naik terengganu. So dapatlah aku tumpangkan motor adik aku tu. Tak yah pening-pening kepala nak hantar guna syarikat penghantaran yang mana satu. Aku risau jugak kalau pilih yang terpaling murah tu nanti  nak amik moto tu dekat ke dengan rumah adik aku.

Haa korang mesti nak tahu berapa charge yang aku kan. Mula-mula driver tu mintak RM 150.00. Dia ingat tu moto member. Tapi bila dia tahu motor tu motor adik mr. mama terus dapat diskaun RM100.00 jer... hihi jimat banyak..

13 comments:

Rohani Hashim said...

hany pernah skali htr ke jb,sbb station kt sana.kitorg guna ktm. alhamdulillah ok lah semua xde ape. rm150. poslaju tu rasa risau haha boleh tak caya dgn poslaju ;)

Amanda Suria said...

x pernah lagi la ada masalah cenggini...hehehehe

Mohd Fauzi Samsudin said...

Tumpang tanya, mcm mana saya nak dapatkan prkhidmatan tumpang lori cmni eh? Boleh kasi contact no x? Sbb sy stay klang and nak hanta moto ke tganu jugak tp bnyak syrikat pghntaran chrge mahal sangat

Azi Azidah said...

mohd fauzi boleh je search kat mudah.my banyak lori tumpang. rate xsemahal syarikat penghantaran...

Pera Antasump said...

Saya tgh cari jugak ni perkhidmatan lori macam ni, nak hantar sikit barang n motor dr penang ke kl... google x jumpe... leh tolong?

Anys Hassan said...

Boleh gtau details... Sy nk post moto dr kl ke gerik...

Anonymous said...

Sy tgh cri nk anta boleh bg details.. Nk post moto dri kl.ke gerik

adhiputra said...

sy pun nk pos motor dri gemas (n9) ke alor star.
ade ker yg d hantar smpai depan umah?

Anonymous said...

Boleh guna fgv courier service..Menghantar motosikal diseluruh semenanjung malaysia..door to door..boleh call 0355243087

Eppy Giloz said...

salam sy nk pos motor tpi tk tahu bagaimana cara..

Unknown said...

Brp kos upah yg fgv ambil kalau pos motor dari trg ke kedah.

Felda Transport Services Sdn.Bhd Depot Pasir Gudang said...

please call this number FGV Courier Serting 06-4584900

Admin said...

Nak pos motor tapi kekangan waktu&masa? Kami mnyediakn perkhidmatan pos motor dari

Rumah ➡️ destinasi 013 6180 665

 
Copyright by Aziazidah