Barang-barang terpakai pemberian orang

Aku memang serabut kepala tengok rumah aku sekarang. Bersepah betul... Penuh dengan barang-barang bundle dan barang orang pindah rumah yang sewa lori mr. mama bagi bagi. Sampai nak keluar masuk rumah pun tak de laluan.

Last sunday ngan hari wesak tu kitaorang buat operasi pembersihan. Nak buang apa yang tak patut. Mr. mama ni jenis suka menyimpan. Dia rela barang tu buruk dari bagi ke orang. Kalau nak bagi pun hanya kat mak ayah dia je. Geram jugak aku sebab kalau simpan lelama pastu tak leh pakai buat apa kan. Baiklah bagi je kan orang. Dapat juga pahala... Tapi kata orang perangai macam ni jenis setia... hihihi...

Aku sejak dapat notis dari mpsj, nak kemas rumah rasa dah tak syok. Tak boleh nak bakar bakar. Banyak barang like perabot, sofa, almari yang tak boleh guna lagi tu aku nak bakar. Nak buang dalam tong sampah tepi jalan tu mana muat masuk. Tak larat nak kendong ke tong sampah tu pun.

Selasa  hari tu aku soh mr. mama bakar waktu malam. Malam tak ada orang nak amik gambar. Kalau amik pun mungkin mpsj susah nak kesan kawasan rumah sape. So pukul sepuluh malam gitu mr. mama start nyalakan api. Tak sampai lima minit ada satu kakak ni tegur mintak tolong jangan bakar sampah sebab dia ada anak kecik. Dah kitaorang kena padamkan balik api tu. Tak sempat bakar apa pun. Susah betul ada jiran yang mengada-ngada ni. Dulu masa aku ada anak kecik tak ada pulak aku sound sound orang jangan bakar sampah...

 Ini selonggok sofa-sofa yang dah disort kat depan rumah aku untuk tujuan penyahbuangan. Mr. mama cadang nak letak kat opis buat baring-baring. Bawak lori kan penat... Ntah bila nak bawaknya ke opis tu..

 Kerusi-kerusi ni pun tak tahu aku nak buat apa. Nak buang bila fikir sayang. Boleh guna masa buat majlis apa-apa kan. Selalu bila dah buang baru rasa menyesal. Rumah aku tak ada space dah nak letak semua ni. Ini kalau bagi kat golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan mesti diorang gembira sangat. Masih elok walaupun tak la cantik sangat. 


Masa kemas-kemas stor terjumpa baby carrier. Since anak pertama memang aku tak pernah beli carrier. Ini anak dah nak tiga benda ni memang berkeperluan sangat. Nanti nak bawak anak checkup, nursery senang. Haiii tak dapat akak bayangkan macammana nak handle tiga orang anak...


 Barang yang nampak masih elok elok aku letak dalam rumah. Kalau letak kat luar kena tempias hujan nanti habis rosak. Tapi tak berguna sangat pun. Rasa nak jual je.

 Sofa ni actually aku letak kat dapur. Tapi jarang sangat duduk. Rumah aku kecik kalau boleh nak clearkan mana yang tak berapa berkeperluan. Yang ni aku dah iklan nak jual kat fb dengan carpet bawah tu. Ada yang berkenan tapi masalahnya diorang tak de kenderaan nak amik. Mr. mama pulak sibuk la ni kalau nak tolong hantarkan. Kalau setakat shah alam tu bolehla... Ada yang berkenan tak?

Carpet ni bundle punya. Panjang sedepa jer. Sesuai nak letak kat sudut sudut.. Coz aku ada anak kecik lecehla nak menjaganya..



No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY